Tuesday, August 3, 2010

Menjadi sejarah



Kini dah berusia 50 tahun 6 bulan dan hari ini merupakan satu hari yang terukir saastu lembaran sejarah dimana anak sulong Nurul Sysfiqah menggenggam satu skroll ijazah.

Betapa gembira dan cukup terharu setelah kurang lebih 5 tahun dan berasa hanya sekejap masa berlalu kini kakak menerima ijazahnya yang pertama.

Tuesday, July 20, 2010

Diantara dua ibu


Pengantin perempuan duduk diantara ibu kandung dan ibu mertua. Ini dirakmkan dalam surau kat rumah aku sempena majlis pernikahan anak jiran aku.

Kenapa Gula naik harga sebelum kita berpuasa?

Polis meningkat peratus saman kesalahan trafik. Polis cemburu JPJ dapat mngutip wang saman lebih daripada polis. Kata seorang sarjan bila aku menghampirinya.

Katanya lagi pihak JPJ dalam masa 3 bulan terakhir ini dapat mengaut ratusan ribu ringgit.

Kawan aku bawa kereta company pun dah kena saman. Dia dah fobia nak bawa kereta melalui kawasan yang dia sendiri kena saman.Aku tak pasti company dah bayar saman atau belum.

Itulah contoh-contoh bagaimana wang saku rakyat mengalir sebelum rezeki itu dirasai anak bini semenjak dua tiga menjak ini.




Akan pindah tempat bertugas.

Kawan anak saudara isteri aku kata akan berpindah tempat kerja awal August ini. Dia seorang anggota keselamatan yang berpangkat. Sekarang dia bertugas di Kuala Kubu Baru.

Dulu dia seorang sangat penakut. Kalau dengar bunyi mercum dia akan meloncat sambil menjerit. Entah macam mana tiba-tiba saja jadi anggota keselamatan. Dia berkelulusan IPTA.


Turun KL

Kuala Lumpur setahun dua tahun ini menampakkan pembangunannya terencat sedikit. Jalan Bangsar kat simpang ke Brickfield dari dulu ada masalah. Perjalanan selalu terbantut kat situ. Cuma aku rasa sikit lain bila tembok Pudu Jail dirobak-robek sedikit demi sedikit. Itu saja kelainan KL.


Sebelah KL Central masih macam tu juga. Kampong Baru macam dulu juga.Hotel yang ada dulu, kini hotel itu juga yang ada. Sebelah bangunan Mara masih terkepong lagi.

Pembangunan KL tak sepantas macam dulu.Masa aku tinggal kat Kl dulu, Chow Kit lah paling meriah. Sekarang orang tak sebut lagi Chow Kit.


Perbelanjaan Kini

RM50 sehari habis cukup yak terasa. HAri pergi main boling dengan anak kejap aje pecah RM 50 dah habis. Bukan apa beli susu, anak nak makan dengan cocoa crunch, beli choclate bar campur dengan main boling habis RM50.

Nasib baik tak berhenti makan di kedai makan. Kalau berhenti mahu habis RM100.

Kalau hari biasa, pagi lagi belum apa-apa dah habis RM5 atau RM6 . Beli nasi lemak campur kueh dua atau tiga ketul. Kalau isteri balik sekolah sambil-sambil berhenti kat kedai, habis RM15. Ini hanya untuk tengahari. Malamnya beli lagi. Kalau tiga orang, RM12 biasalah. Beli Nasi goreng dan minuman.

Rakyat macam kita juga yang sakit dada memikirkannya.

Sekarang orang nak buat duit bukan main senang. Selalu orang kata smart income.
Kat ofis, aku dapat ada vendor aku sengaja melakukan charge seolah-olah tak sengaja. Kalau kita terlalu pecayakan vendor-vedor ini sudah tentu company dah rugi puluhan ribu ringgit.

Kadang kala dia buat double charge kepada satu kerja.

Tapi tak dinafikan ada juga vendor yang baik.

Pada bulan lepas performance kawasan kami tercorot. Tangga last sekali. So macam kapal lah ,bila kapal slow, put more energy by masuk more bahan bakar then kapal pun laju.
Management create banyak initiative. Jadi pihak pengurusan terbang sana sini, sampai ada perkara yang tidak ada related dengan individu tertentu pun dia terpaksa terbang juga. Tau-tau sajalah berapa bayaran untuk terbang tuu. Alih-alih MAS, Firefly dan Air Asia yang gain keuntungannya.


Pada aku kita kerja demi rezeki.Rasa tanggungjawab. Kadang-kadang nak klaim pun malu kat tuhan dan diri sendiri. Output aku sepadan dak dengan claim atau gaji seharian.Lainlah dengan staf yang tak terikat dengan 5 hukum. Wajib,sunat, makruh ,harus dan last hukum haram.

Sunday, July 11, 2010


Ari nie German menang 3rd place bila mengalahkan Urugauy 3-2. Esok johan world cup di Afrika selatan akan ditentukan samada Holland atau Spanyol,

Ari nie juga aku ke KL. Buat verification untuk optical power meter dan light source di Bkt Petaling. Ini kali kedua aku ke Bkt Petaling. Tapi aku terus ke Cyber jaya hantar 2nd daughter ke MMU. Lepas hantar dia, terpaksa patah balik ke Kl.

Wednesday, June 2, 2010

Perpisahan terakhir



Tepat pada pukul 1150 malam 31 may 2010 salam terakhir buat aku untuk 9 ekor kucing kesayanganku. Selama kira-kira hampir kurang lebih dua tahun mereka bersama mengharungi kehidupan sebumbung dengan keluarga kami, kini mereka aku pisahan dengan rasa yang cukup mengharukan. Tetapi apakan daya kucing =kucing diberi Allah ilham bukan fikiran walaupun mereka ini ada otak.

Kami sekeluarga dah tak tahan lagi kerenah mereka. Mereka ini sudah tidak dapat dikawal lagi. Membuang air kecil dan air besar di dalam rumah. Tak kira dapur ker atau bilik tandas dan bilik air.

Aku dapatkan mereka dan masukan kedalam sangkar. Sekali masuk sembilan ekor. Dengan rasa cukup sedih dan sambil menitis air mata, aku bawa kedalam kreta dan bergerak ke destinasi sebuah wet market. Akan tetapi half way tidak sampai hati . Destinasi itu terlalu jauh so aku berpatah balik ke nearby taman. Di sana aku keluar mereka sambil sekali lagi aku merasa sayu. Sebentar lagi kita berpisah buat selamanya. BYE BYE , TOMPOK, NON, AGEE, TEH, TAM dan anaknya,Akimaru, Giant dan kini aku sebak, pilu dan se ekor lagi kelabu (yang Paling cun dengan bulu yang cantik). Aku tak sampai hati nak memisahkan antara mereka so aku tinggalkan mereka dengan rasa bersalah dan seribu satu soalan. Bagaimana mereka nak survive. Siapa nak bagi mereka makanan. Hari -hari sebelum ini akulah yang merebus mereka ikan. Aku membeli mereka makanan kucing . Rasanya dah beratus wang aku habis membeli makanan mereka. Tapi aku puas dan bersyukur kerana rezeki aku murah.

Tambahan pula my daughter just joint MMU dicyberjaya last sunday. Dia ambil jurusan engine.

Rasanya aku perlu visit tempat yang aku lepas mereka once a while. Mana tahu mereka masih menetap di situ.Kepiluan aku menambah dengan aku kehilangan kucing jantan aku yang bernama stockin. Dia didapati mati sebelah lpagi dekat surau. Rasanya dia termakan racun semburan pada rumput depan rumah aku. Aku juga kehilangan se ekor lagi. Kali anak teh yang akhir. Usia nya tiga bulan,

Aku tak tahu, bagaimana rumahku dan keluarga aku bila mereka mereka ini dah tiada. Agaknya sunyi lah. Selaunya kucing kucing akan tidur dalam rumah. dan some time mereka tidur sama-sama di ats katil. Di hujung kaki kami.

Tak tahu lah , apa rasanya dan apakah kami akan merindui rengitan dan meowan kucing -kucing ini.

Dengan harapan dan doa agar tuhan memanjangkan usia mereka, aku sungguh-sungguh berharap akan ketemu meraka lagi di satu masa dan waktu dihari-hari mendatang , (Aku Sebak dan menitis air mata cukup sedih)

Diwaktu lepas sembahyang Isyak , Aku sedih dan sebak mengenangkan umat Islam yang syahid dan kami jemaah di surau melakukan sembahyang hajat kerana mala petaka yang menimpa mereka yang dalam rombongan bantuan kemanusiaan membantu umat Plastine yang dikepong dan disekat barang makanan oleh pihak yahudi laknatullah. "Ya Allah , kau lemahkan fizikal dan mental tentera yahudi " Amin.

Tak tahu lah, sehari dua hari, aku menerima berbagai-bagai dugaan, Masa di KL ari tu, aku tertinggal handset aku kat rumah kawan wife aku. Nasib baik belum balik ke Penang. Ari ni pula, kunci kretaku tak dapat dikesan, dimanakah dia . Aku mencari namun tak jumpa.tak ingat mana aku letakan. Nasib baik wife aku ada simpam spare key. Entah- ntah aku nie banyak buat dosa pa?

"Ya Allah, amponkanlah dosa hambamu yang kerdil lagi banyak dosa ini" Amin ya robbil'alamin.

Monday, May 3, 2010

Kerukunan Cinta

1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..

2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.

3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.

4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan suami isteri…

5) Beri bunga Very Happy . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.

6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak… Surprised

7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.

8) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe)

9) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

10) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.

11) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

Bentuk Raut Wajah

Panjang dan tirus:
Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.
Bulat: Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.
Lebar: Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.

*** DahiLicin: Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.

***Mata:
Tegang
Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.
Menentang: Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap 'gatal'.
Terpisah: Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.

*** AlisLurus: Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.
Tipis: Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.

*** Kelopak mataKecil: Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.
Lebar: Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

*** HidungKecil: Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.
Besar: Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.
Leper atau penyek: Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.
Mancung: Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.

*** TelingaKecil: Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.
Tajam: Bersifat kaku dan tidak santai.Telinga yang berambut: Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.

*** Dagu dan rahang
Rahang bersegi: Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.
Dagu yang menonjol keluar atau runcing: Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.

*** Pipi
Lesung pipi: Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.

*** BibirTebal: Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.
Tipis: Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraan