Monday, October 31, 2011

Dapat RM100 Pelajar di Pulau Pinang

Akan beruntung sebahgian penuntut di sekolah menengah dan sekolah rendah tahun hadapan . Kerajaan pulau Pinang yang diketua oleh YB Lim Guan Eng akan menyumbang RM100 kepada pelajar tahun satu dan tahun empat bagi pelajar sekolah rendah. Bagi pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat juga akan mendapat RM100 setiap orang.

Sekurang-kurangnya seorang pelajar akan dapat beberapa kali sumbangan kerajaan YB Lim Guan Eng, tak seperti kerajaan pusat yang memberi sekali saja.

Fikir-fikir lah sendiri. Lagi satu berita ialah kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan peruntukan Agama tahun hadapan melebihi tahun ini. Rasanya kurang lebih RM62k. Cuma aku harap Jabatan Agama Islam atau agensi berkaitan, gunalah peruntukan sebaik mungkin. Berhemah atau bertanggungjawab atau ber accountibility dalam menggunakan wang tersebut mestilah ada pada mereka yang buat management peruntukan tersebut.



Ari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke 24. seperti biasa ramai yang memberi ucapan. Terima kasih ler banyak-banyak kepada yang memberi ucapan.

Dalam usia melebihi setengah abad ini , tak tahulah , semalam aku membuat ucapan dihari graduasi PASTI. rasa aku, minda dah agak kekurangan tak seperti dahulu. Memang stailku tak pernah pakai teks bila memberi ucapan, tapi kali ini, agak cukup susah bila memberi ucapan tak ada teks.

Balik kepada hari ulang tahun, aku sendiri tak tahu apa yang nak beli buat isteri aku. Ada rakan sepejabat pergi Langkawi, tapi malas nak pesan apa-apa kerana tak mahu membebankan mereka.

Penat juga memikirkan apa yang nak bagi. Kalau pasal kain nak buat baju, kat almari tuu ada banyak lagi kain yang tak ditempah.

Nak beli barang perhiasan , baru yer beli. tapi ala kadar saja. Zaman dunia meleset perlu jimat masa berada. Nampak gayanya, harga barang makanan makin naik melambung. Ditahun depan perlu ringgit yang banyak. Anak nak masuk sekolah menengah dan sorang lagi nak masuk kolej.

Hari ini pejabat sunyi. Ramai ke Langkawi dan bercuti. Diluar sana hujan sedikit.

Sunday, September 18, 2011

Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang

"Kita boleh berkerjasama " kata TM kepada POS MALAYSIA
POS MALAYSIA kata "kami diberi elaun lathan kawat dan perbarisan, TM tak kasi kan?"


Peserta, pembawa playcard dan salah seorang jurulatih



TM bermurah hati bekalkan sekotak mineral water kepada Team TNB


Ini Team PBA


Team PDC (Keletihan dan Kepanasan)
Rempah ratus di hari perbarisan

Saturday, September 17, 2011

Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang


Rempah ratus hari perbarisan TM tahun ini.

Personal yang banyak merakamkan gambar tapi malu bila gambarnya di rakamkan.

Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang


Individu yang berkongsi kegembiraan bersama kemenangan Team TM.

Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang


Scholl Band yang menjadi Johan Persembahan

2011 Malaysia n Merdeka Day




Sekali lagi TM juara. Ini buat ketiga kali berturut-turut TM juara. TM jadi juara pada tahun 2009, 2010 dan tahun ini. Dengan slogan "We are 1 TM" semangat yang tinggi dan menghayati "passion to win" help each other", "Challenge"