Monday, September 11, 2017

Convocation MMU

Hari ini adalah hari bersejarah buat aku dan family. Hari ini sekian tiga kalinya aku berada di dewan besar MMU untuk menyaksikan majlis penganugerahkan ijazah kejuteraan buat anak.

Inilah merupakan hari terakhir aku menjejak kaki aku ke MMU , Ini adalah buat anak aku kemungkinan terakhir yang belajar di MMU ini. Dah tiga orang anak aku belajar kat MMU. Alhamdullillah , ini rezeki kami sekeluarga.

Dua orang jurusan kejuteraan dan sorang Fnancial Admin.

Tulisan Tak Sekata Dengan Sebenar

Pada aku sebarang tulisan tak purely cerita apa yang nak diekpretasikan.
Kita tak dapat menceritakan rasa durian kepada mereka yang tak pernah menikmati rasa durian. Kita tak dapat menceritakan rasa manis jika sesorang itu tak merasai manis.

Walaupun seribu perkataan yang ditulis, ianya tak akan sama dengan apa yang dimaksudkan secara tersirat dan tersurat..


Thursday, September 7, 2017

Rindu

Dah lama tak update blog. Kekadang rasa rindu untuk sesuatu. tapi entah macam mana , ari nie hilang rasa rindu itu.

Walaupun tak apa yang nak di updatekan. Arie nie dapat membayar kerinduan selama ini. Hati didalam   tak dapat dilukis dengan gambar.

Ok , hanya untuk melepas rinduku yang terpahat sekian lamanya.

Friday, February 21, 2014

Adakah ADUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh Diganti

Manusia adalah makhluk Allah tidak sempurna. Setiap insan ada sedikit sebanyak sifat ketidak sempurnaan.  Akan tetapi bagi sekelumpuk insan dan dari kelumpuk itu , ada segelintir yang yang belumba-lumba untuk untuk menidakkan seseorang.

Politik try and error adalah amalan yang kurang cerdik di era ini. Dalam politik, kita semua harus menerima reality sesuatu kejadian.

Kita juga tak tolak perubahan kearah kebaikan, akan tetapi kita juga harus memberi peluang kepada orang lain untuk membaiki kelemahan. Maknusia tak dapat lari dari kelemahan.

ADUN Penanti seorang yang sangat baru dalan politik Pulau Pinang. Akan tetapi ADUN ini telak seraksi dalam politik. Perbeza wadah adalah satu kebiasaan. tapi kita pilih apa saja yang ada kesamaan.  Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar.

Wednesday, February 19, 2014

Kajang 2.0

Belum sempat pilihanraya kecil Kajang berlaku, di dalam benak aku sudah ada berkocak air akan berlaku  seumpama PRK Kajang di Parlimen Permatang Pauh. Apakah krebiliti TimbalanKetua Menteri yang ada sekarang masih kesamaran.

Apakah perlu sesorang yang berpengalaman untuk mengganti TKM yang ada.

Politik sekarang amat berbeza dengan dahulu. There is nothing impossible, everything possible.


Wednesday, February 27, 2013

PRU 13

Bagaimana kalau PRU 13 tak berlaku pada tahun ini.

Andaikata berlaku pertumpahan darah di Sabah dan peristiwa ini dikaitkan dengan gerombolan Pejuang Kesultanan Sulu dan Angkatan tentera Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Sabah.

Ini boleh dijadikan alasan PM DatukSeri Najib menangguhkan PRU 13 kesatu masa atau tarikh yang lain.
Rasanya kemungkinan ini boleh dijadikan helah dik kerana buat masa sekarang peluang kerajaan yang ada untuk menang adalah tipis.

Rakyat sekarang dah bertambah matang , mereka ikut petua Tuan Guru Nik Aziz , dapat gula pakai , dapat kain pakai../dan seterusnya.  Dapat apa saja dari kerajaan Malaysia ambil. Itu adalah hasil pulangan sedikit hasil daripada percukaian yang dicukaikan kpd rakyat.

 Pembangkang akan mendapat tambahan kerusi Parlimen dari Negeri Johor , Perak dan Negeri Sembilan di semenanjung,( terima kasih Tan Sri Timb PM , Datuk Seri Nazri dan En Khairy)  Di Malaysia Timur pembangkang dapat penambahan sedikit kerusi. Itu pun kalau krisis "kad Pengenalan Palsu" selesai dan memuaskan rakyat Sabah. Begitu juga di Pahang , pembangkang dapat tambah dua atau tiga kerusi.

Akan tetapi PRU !3 mesti diadakan secepat dari sekarang dan selewatnya April 2013

Thursday, January 31, 2013

Permatang Pauh

Ari ini cuping telingaku mendengar , dikatakan dua personal yang pangkal namanya "Doktor" akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dalam PRU 13 ini.

Seorang doktor dalam bidang Ilmu Wahyu dan seorang doktor Ilmu Kejuteraan Komunikasi.  Kedua-dua doktor ini saling kenal satu sama lain.

Kedua-duanya juga bersifat universal. Seorangnya dah tahu lama dalam bidang politik  dan sorang lagi ini selalu berada dalam issue-issue yang kontroversi .

Mereka tinggal bersebelahan kampung dalam parlimen Permatang Pauh. Cuma aku tak pasti samada pendidikan rendah dan menengah di sekolah yang sama atau tidak. Kedua-dua melalui pendidikan di  seberang laut.

Akan tetapi ini hanya percakap sahaja. Comfirmed penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh tak lagi mempertahankan kerusinya di sini.

Nak ku ulas siapa yang ada potensi menang, ini terlalu awal. Tapi rasa aku Doktor Kejuteraan mempunyai peluang yang lebih sekira ini betul.