Wednesday, February 27, 2008

10 hari nak pilihanraya ke 12 (2008)

Ari ni taklimat last before election. Kali ini ulang kira sekali saja, itupun if different less or 4%. Ini show that jumlah di polling center absolutely muktamad.

Issue yg go around "Barang Naik". Rakyat cukup terasa kenaikan harga barang. Bila minyak naik. Harga barang akan naik. Parti Kerajaan tak ada hasrat membekukan harga minyak. Harga tol juga akan naik.

Apakah rakyat akan menidakkan dua pertiga MP parti pemerentah yg ada sekarang. Tapi rata-rata pengundi kaum tionghua tidak berhasrat untuk undi pemerentah sekarang.

Sekarang penentu kedudukan parti pemerentah adalah Melayu. Kemana arah penguni Melayu tak dapat ditentu dg. jelas.

Parti pemerentah memperkemaskan term yg dipakai adalah pilihanra itu peperangan secara modern. Jadi penipuan dalam peperangan adalah harus ikut syarak. Cara mana Tak tahuler.

Di parlimen tempat aku. Rase-rase bergantung pada DUN yang ramai pengundi Tionghua.Ada tiga DUN dalam parlimen, tapi ada satu DUN yang ramai pengundi Tionghua. Pengundi di DUN lain tetap dengan pengundi yang sama, taat dan setia pada parti masing-masing.

Monday, December 24, 2007

Q4 tahun 2007

Tiada apa yang istimewa. Tapi hujung tahun ini sekeluarga dapat berada di Komplek Ustaz Muthalib kecuali kakak yang masih di Malacca. Harinya Sabtu 8 Dec 2007. Sesuatu yang baru didengari. Lelaki sunat jika pakai perak. Alloy yang mengandungi emas, haram untuk lelaki.

Topik utama hari tu, orang yang tidak sembahyang. Orang tidak solah, tiada kebajikan sedikit pun. Wajib kita bermusuh dengannya. Tiada berkat akan dia dan haram berkasih akan dia. Ini tercatit dalam kitab.

Amalan harian patut dibuat ialah berdoa untuk ibubapa. Allah akan memurahkan rezeki orang yang berdoa untuk kebaikan ibubapanya.

Sabtu minggu seterusnya bercuti di Malacca.Thank to Prestige Platinum Vacation kerana dapat sediakan penginapan.Very excellence job.

Aura dihujung tahun nampaknya ada sikit kelegaan. Pilihanraya dapat dinyahkan dengan isu perhimpunan demi pehimpunan. Strategy yang berkesan. Tempoh kerajaan yang ada sekarang masih panjang lagi. April 2009 baru tamat. Jalankan kerja, jangan banyak sangat mencanang. Apa yang dirancang perlu diimplimentasikan. Masa seperti mata pedang, kata perpatah arab. Harap pilihanraya diadakan pada awal 2009. Tugasan PAk LAh banyak lagi tak jalan dan tak selesai. Kes Altantuya belum habis. Fokus daripada Tun Daim amat simbolik. Apakah "kawasan panas" dengan "Kawasan kelabu" sama. Tapi yang kulit hitam ni lain sikit. Mata sepet pengajian Melayu di Utara dah warning kat "Depa".

Bottom linenya election lambat lagi........?????? Bijaksana in english mean...


Ambang 2008

Hujung tahun cukup murah..semurah murah murahnya. Nyawa manusia. Di Tol Jelapang Ipoh 8 orang dalam satu kemalangan. Dalam pejalanan dati Sg Tengas ke Kulim aku lalui kasan di orang kampung berpesta membasuh jalanraya. Mereka membasuh darah,daging dan najis maunusia di atas jalan akibat kemalangan. Seorang remaja menonggang motorsikal bergesel proton saga semasa memotong sebuah lori terjatuh dan digelek lori. Mayat berkecai apabila perut pecah dan kepala parah. Itu dikata semua barang mahal dan yang murah ialah nyawa manusia. Latest 2 nyawa lagi terkorban apabila seorang Melayu dan seorang India dirempoh oleh bas express di lebuhraya. Cukup dan amat murah nilai nyawa manusia. Sebelum tu ada kemalangan kereta dengan lembu mengakibatkan nyawa juga. Lebih daripada seorang terkorban.

Tahun 2008 menjanjikan kenaikan harga barangan harian selain kenaikan TOL. Indek Implasi dijangka akan lebih besar. Golongan miskin akan tersepit dam merana dek kesempitan hidup.

Petani mengalami fenomena hasil padi yang tidak menentu. Kos first stage preparation bermasalah bila benih yang ditabur dimakan oleh siput. Terpaksa di bajak semula dengan trektor dan mengupah pekerja menanam anak padi secara manual.Double cost.
Hasil tuai belum tahu. Kadang-kadang sampai dihujung penghasilan, padi diserang dengan anasir lain seperti tikus atau padi angin. Itu tidak dikira faktor cuaca lagi.
Jika musim hujan timbangan berat dipotong oleh pembeli dengan nilai yang banyak.

Milo dah naik,tepong dah naik. Barang yang anak nak kesekolah dah naik. Spare part kreta dah naik.Upah repair kreta dah naik.

Inilah kelohan yang tiada penghujungNya.Sakit jantung bapa yang ada anak ramai ke sekolah. Mengapa ada bayaran untuk PIBG, kertas pepereksaan. dan lain-lain lagi.Apakah pembiaya pendidikan tiada modal untuk menyara atau bayaran untuk mengayakan pihak lain.Apakah guru-guru yang dibayar gaji akan tetapi mereka perlu dibayar oleh ibubapa bagi memajukan akademik murid-muridnya. Mengapa sekolah bangsa lain gurunya secara sukarela melakukan aktiviti memajukan pelajaran anak bangsanya.

Ini ratapan yang menyakit jantung. Kasihan mereka yang miskin wang ringgit. Sarapan pagi untuk anak tak sempat disediakan. Ibu jam 6.00pagi dah tunggu van ditepi jalan untuk ke tempat kerja. Ibu-Ibu ini mendengar azan subuh didalam van kilang.

Anak beli nasi lemak ditepi jalan dah tiada lagi wang saku untuk membeli makan masa rehat di sekolah. Anak tadah tapak tangan minum air paip. Har-hari makan nasi lemak atan nugged, boleh ker pintar. Tapi lebih malang lagi anak yang tiada membawa wang kesekolah. Harapkan nasi goreng yang dimakan waktu pagi. Nasi yang digoreng dengan minyak. Apa vitamin yang ada. Hanya rasa manis bawang.

Teramat malang lagi, masuk kelas belajar sains dalan bahasa Inggeris. Bagitu juga mathematik. Tambahan pula cikgu yang hanya berbangga mereka dapat elaun bahasa. Mengajar dalam bahasa Inggeris tak tahu, asyik bawa balik laptop kerumah saja.Kadang kala, biar laptop yang mengajar, cikgu wallah hu'aglam. Cikgu sendiri pun tak tahu tahap qualiti pembelajaran yang diajarnya. Murid paham tak faham dia sendiri tak faham 'term" yang dia gunakan. Anak yang tak berdosa dan tak tahu apa telah dikorbankan.

Sambong very soon.....

Saturday, September 22, 2007

Bulan Istimewa untk makhluk dari KhalidNya

Dah berlalu minggu pertama bulan Ramadhan 1428. Aku beribadat belum mantap lagi. Tadarus baru beberapa halaman saja. Tak consistant. Dua tiga hari permulaan bulan puasa, aku sakit mata. Jadi aku tak ke surau untuk berterawih. Bila rasa baik sikit aku sempat sembnahyang terawih sekadar lapan rekaat sahaja.

Ramadhan kali ini suasana lain sedikit dari Ramadhan yang lalu. Setiap petang kelihatan ramai kanak-kanak membawa bekas plastik datang ke surau mendapatkan bubur kanji.(bubur lambuk). Tapi semalam surau masak bubuk pulut hitam pula. Very good, once a while ubah selera sikit.

Walau bagaimanapun aku tak kesempatan merasai bubur pulut hitam itu. Hari itu singgah rumah abang ipar dan berbuka kat sana.

Diawal minggu berpuasa negara di aurakan dengan kisah yang menyedihkan. Kanak-kanak yang bernama Nurin Jazlin dah Kembali kepangkuan Penciptanya. " Dari tanah asal kita,ke tanah kita kembali."

Kata bapanya. "Bukan lagi binatang, dah lebih daripada binatang." Itulah ungkapan dari kita, makluk tuhan yang paling lemah. Kat rumah, anak ayam yang baru dua hari melihat dunia dah boleh bejalan dan berlari. Kalau manusia dua hari baru lahir boleh tak buat begitu?

Akan tetapi perlu diingat. Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Ini mengingatkan aku satu ketika dahulu. Kenyataan polis Selangor dalam kes kematian ratu track negara yang mempunyai masa depan yang cerah, Allahyarhamah Rabia Salam. Selepas kematiannya Ketua Polis Daerah Kajang membuat kenyataan akhbar bahawa allahyarham Rabia Salam mengandung semasa meninggal dunia. Tetapi keesokan harinya Ketua Polis Selangor dalam sidang akhbar menyatakan Allahyarham Rabia Salam tidak mengandung.

Apakah Laporan hospital tidak dirujuk oleh Ketua Polis Daerah kajang. Apakah kenyataan akhbar yang dibaca olehnya tdak disemak terlebih dahulu. Rasanya tentu kenyataan itu disemak dan disahkan sebelum dibaca kepada media.


Di sini tak mau ulas panjang-panjang kes Nurin Jazlin..." Al-Fatihah"

Perlakuan pembunuhan itu adalah satu anjakan paradigma jenayah hasil daripada mentality generasi tarbiah selepas 50 tahun merdeka.

Thursday, September 6, 2007

di awang awangan


Dah lama tak update blog ini. Faktor free time agak kurang. Kata orang "time constrain". Dua tiga minggu lalu asyik jengok shopping mall, mega mall, carnival mall, summit ler.. cari kain baju nak raya.Tukang jahit minta adakan kain awal sikit.

Sebulan sebelumnya, sibuk dengan training volleyball untuk sukan kat PD.Balik PD terus latihan kawat merdeka. Tahun ini company tak serious hal kawat merdeka. Pengurusan company tak ngam dengan kerjaan kot. Kerajaan all out celebrate merdeka tapi lain pulak company tempat kerja aku.

Peserta kawat pakai baju kebangsaan wanrna kuning terang. Kali ni aku tak bawa camera untuk mengabadikan gambar-gambar hari kemerdekaan di sini. Kali kawat carca marba (lintang pukang).Malu bukan main, macam tak ada kepala seperti gambar atas. Syabas kepada TNB yang di hadapan kontigen kami.Kawat dan pakaian mereka begitu baik.

Hari berlalu. Apa yang berlaku dah jadi sejarah. Samada nak jadi kayu pengukur atau tauladan, terserah pada masing-masing. 50 tahun merdeka. Erti kemerdekaan, entahlah. Apakah kita merdeka dalam segenap hal. Sosial,ekonomi, budaya, umumnya kehidupan atau survival kini.

Dari sudut budaya umat kita, hubungan sex bebas dah ada. Masukkan pula dalam internet. Pakaian muda-mudi kata sekarang remaja dan atas sikit remaja dah melampau. Semua nampak belaka. Nak lihat atau menontonnya, pergilah shopping complex. Pergaulan mereka cukup bebas. Siapa yang boleh marah mereka ini. Mereka boleh duduk di cybercafe sampai 4.30pagi. Tambah sekarang ada cybercafe yang tak tutup sampai siang. Duduk dalam cc bercouple.

Umat kita tidak ada harga diri lagi. Umat elite dengan cara elitenya. Hakim disogok. Polis disogok. Politik disogok.(Md Isa Samad). Antara pemimpin di atas, dah terjadi macam spy vs spy.

Umat lain....atasan selesai cara elok.FRU pun balik begitu saja. (Kes Malacca)

Umat kita .... atasan guna jentolak tak kira samada surau atau rumah kediaman. Kalau menghalang ditangkap dan dicharged "menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas."

Undilah
kita semua.....

Bahangnya rasa-rasa makin hampir. Ever ready.

Bangsa Rohinya ada di mana-mana. Umat Myamar sama macam umat kita. Entah-entah hari mengundi mereka lagi active daripada umat kita.

Orang tempat aku ada pengelaman ISA beberapa lama...........Sabah...........

Monday, July 9, 2007

Dah seminggu i lost my hp. Belum diganti lagi. Pakai yg mana ada. Semalam badan tak sihat. Kini masih tak sihat lagi. Jadi ari nie aku cuti. Esok juga cuti malahan lusa pun cuti.

Tapi aku ke office juga. Boss nak my personal monthly expences for business plan 2008.

Wife berkursus di Cameron Highland. Bertolak pukul 10.15 pagi sampai pukul 3.00 petang. tengah hari ke sekolah anak. Dia sakit peryt dan bawa ke klinik then everything fine.

Last two days kalau tak silap terbaca Dr M said something about DSAI. Rasa-rasa ada aura / chemistry DSAI dg Dr M. Kemungkinan ada yang tersirat disebalik yang tersurat.
Selalunya orang politik yang berpengelaman, ungkapan begini biasaler.... opponent tak tersangka.

Siapa yang akan terongkai. Pm ker aTAU dpm.

Mentor Kota singa kata Klumpok besar dah tak mau perdana menteri@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Friday, June 22, 2007

Kelmarin dan hari ini.

HariKelmarin aku di ajak Hamzah jumpa En. Shuhaimi.Turut sam Tn Hj Azimi. Settle hal CAR dan observation dalam IA lepas. Ahirnya En. Shuhaimi bercerita tentang this coming reorganisation. Ada Beberapa freshie akan lapor diri. Ada kawan-kawan yang dinaikkan pangkat pindah ke unit lain akan dipindahkan balik ke unit asal.Tahniah.

Sebelah petang kelmarin dulu bawa N Aqilah ke STORE. Tak beli apa kecuali sabun basuh pinggan dan sabun basuh baju.Kreta buat hal lagi.

Hari kelmarin juga saham naik kepasras RM10.90. Ini petunjuk positive mempamirkan tahap syarikat sebenar.On the way pulang dari pejabat singgah beli nasi goreng pataya untuk N Aqilah dan Emaknya. Untuk diri sendiri bihun hailam. Tak ketinggalan aiskrim cone magnolia dari kedai sebelah stesen Caltex. Campur semua RM 12.00. Apakan daya barang semua mahal.

Malam tadi baca yasin dan tahlil kat surau.

Hari ini Nadiah dan Najihah akan pulang ke rumah. Weekend ni rioh balik suasana di rumah.

fenomena






Adat alam atau sunnah alam adalah menunjukkan Pencipta dan Pemilik Maha Berkuasa. Ini dspat disaksikan di Penang pada 19 June 2007. Bertempat di padang Kota Lama.