Friday, September 12, 2008

Terlekat tulang




Pagi ini miya (kucing) minta makanan. Macam biasa rebus ikan dan letak di tempat dia selalu makan. Tapi bila miya mula nak makan. Tampak macam miya ada masalah. Kemungkinan ada sesuatu menyekat makanan daripada masuk kedalam kerengkongnya.

RAsa ada tulang yang tercucuk pada saluran tekaknya.Tak tahu aku bagaimana nak buat.
Aku cuba tolong dengan memisah isi ikan dengan tulang. Miya cuba makan tapi apabila makanan itu mula masuk tekaknya, isi ikan keluarbalik dan nampak seolah-olah Miya dalam kesakitan atau tercekik.

Ini semua sebelum aku ketempat kerja,

Sebelah pagi masa tengah asyik buat kerja, "Doom" bunyi kuata dari hala jalaraya depat pejabat. Aku jenguk melalui tingkap, rupanya ada accident berlaku. 3 kreta berlanggar. Proton iswara berwarna hitam paling teruk. berapa jauh sikit daripada dua kereta lain. Habis kedua dua pintu depan belakang.Ada sebuah motosikal ditepi melekat pintu kereta Proton hitam itu. Penunggang seorang wanita Cina. Kelihatan tiada apa-apa kecderaan padanya. Dia berlalu begitu saja.

Sebuah lagi Nissan Centra berwarna silver metalik . Tengah dok sibuk-sibuk. Pemandu menghilangkan diri. Seorang pemuda Cina berbaju belang. Berbadan besar.

Satu lagi Proton Waja yang tengah menghala ke pekan. Proton Waja dan Nissan Centra head to head collision.

Tiada kecerderaan. Habis ler jam pekan dan jalan yng menuju ke pekan.Kemalangan ini berlaku kira-kira 100 meter dari balai polis traffic. Lambat juga polis traffic datang. Bila datang sorang aje sambil baku catitan besar. Dah sudah Kenderaan diubah bagi memulihkan perjalan traffic baru lah cameraman polis datang. Jadi dia tak lah dapat mengambil gambarab kedudukan sebenar selepas pelanggaraan. Apa ini process yang betul atau tidak?


Itu catitan ari ini.

Friday, September 5, 2008

Lease circuit MAXIS SJA-JI 30014510


Tepat 1630Hrs.(a day before). SAC Cyberjaya call untuk siasat kes ini. Nawawi JI on the way to the other end. Call partner do not go back yet. Ada kes. Masa time ini semua tengah sembahyang 'Asar. That why SAC tak dapat sesiapa pun di SJA.

Dalam Bulan Ramdhan. Kami dapat caw awai. One hour early.On the way about 5Km dari tempat kejadian partner sms kes dah settle. Apa lagi, buat u-turn ler.. Henti kat pasar Ramadhan beli air tebu dan lauk untuk anak. Lauk ayam tak kurang mahalnya.

Tengok pokok ulam cekur, teringin juga kerna lama tak makannya.beli ler satu rial.
Mak cik yang jual said, ulam nie untuk panas badan. Ok juga kerana kecederaan pada diriku memerlukan badan panas selalu. Jadi pagi nie, bila bangun tidur tak berasa sakit lah sangat.

Itu saja. Tengah working to realization sept 16.

Thursday, August 14, 2008

Bulan Oktober

Kita akan berpuasa pada september ini. Seterusnya lebaran akan mengikutinya pada bulan Oktober.

Akan tetapi, ada cerita yang sampai, ada seseorang yang sudah lembut hatinya akan dengan rela hati akan melepaskan jawatannya. Eloklah tuu...

Tiada tekanan lagi untuk beliau melepas jawatan. Beliau duduk di seberang sungai. Mana boleh nak buat kerja dengan oghang yang ada di sebelah sini sungai.

Kalau dalam surau, sebolehnya lari daripada jawatan Imam. Besar tanggungjawabnya. Individu yang betul-betul mantap semua segi saja yang memikul amanahnya.

Individu ini sedang merancang sesuatu strategi untuk jawatan lebih tinggi dalam partinya di kawasan beliau. Nak lawan boss, agak=agak macam tuuu lah.

oklah di sini, aku taip menggunakan jari tangan kiri, Tangan aku sebelah kanan tak boleh bergerak bebas dek kerna accident tempoh hari. Masa tu dalam perjalanan ambil senarai kerani undi (SPR) di pejabat daerah. Aku dilanggar kreta dari belakang.

Sunday, March 23, 2008

Tak mahu letak jawatan

Ari ni aku dapat tahu YDP majlis Agama Islam berkeras tak mau melepaskan jawatan walaupun beliau telah jadi pembangkang dalam dewan negeri.

Beliau berpendapat penggal sebagai YDP beliau akan tamat pada 2009. Jadi sampai tarikh tersebut baharulah beliau akan letak jawatan.

Inilah rencah oghang yang tidak pernah merasai kekalahan. Ingatlah hidup ini satu putaran, sekali kita di atas dan akan sampai seketika kita akan di bawah pula.

Di sini aku tak mau komen banyak-banyak hal YDP majlis Agama Islam ini. Apa kah rasionalnya beliau tak mau letak jawatan, hanya orang tertentu saja yang tahu.

Kes wang zakat yang banyak nilainya tak terjawab.

Ingat di dunia yang fana ini semua boleh adjust tapi selepas mati semua tak boleh adjust lagi. Semua anggota badan jadi saksi.

Tabik kepada Timbalan Ketua Menteri yang muda ini. Ramai kaum hawa memuji beliau hari ini. Pujian ini aku dengar sendiri dengan telinga aku semasa kaum hawa meninggalkan surau selepas mendengar ucapan beliau.

Pada hari ni Timbalan Ketua Menteri menjadi imam solat Dzohor.


Satu Sejarah berlaku di TerANGGANU. TITAH SULTAN DISANGGAH. Segelintir rakyat menderhaka titah sultan. Perihal komen PM. Adakah MB Perlis dapat surat tauliah dari PM. Setahu aku Datuk Seri Shahidan yang dapat Tauliah. Selesai juga akhirnya.


Sampaikan Salam.. David Arumugam .....Alleycat Antara lagu membawa aku Kenangan semasa aku tinggal di Bandar Seri Petaling satu ketika yang lalu.

Bottom line NYa KETENTUAN sebenarnya yang mutlak ialah KETENTUAN ALLAH. Bukan ketentuan Adnan Abu Hassan atau Ramlah RAm.

Tuesday, March 11, 2008

Najib,Mike Tyson & Mahayuddin -satu pakatan

Setelah keluar dari mesyuarat majlis tertinggi, satu rancangan telah diatur. Cukup amat berbeza sekali, di dalam masa di hadapan tokey everything fine. No sweat.Akan tetapi bila dibelakang bos, masing tanya, bagaimana bila, mempunyai keyakinan tak?
bole atau tak? Apa mau buat, tapi jangan sampai mereka bebau akan usaha Najib, bekas menteri besar selangor dan bekas mentri besar Johor....... Rupanya AGENDA DAH JALAN. BERMULA DI BUTTERWORTH.

Siapa master mindnya. Siapa dalang sebenarnya? Apakah satu usaha dalam satu agenda yang selama ini telah dijalankan iaitu menikam dari belakang. Anak menantu akan mendapat menteri penuh. Ini adalah pakatan kekeluargaan yang mantap.

Peristiwa ini nampaknya seolah-olah kata orang lama-lama kawan tertawa memang rmai tapi kawan menangis sikit atau tiada. Menangislah keseorang mengenang apa yang terjadi. Yang lain bersorak biar padan muka dia. "Biaq dia sorang yang susah, mengapa pula kita yang perlu susah". Inilah kata-kata penyokong yang selalu dikiri kanan bila kita senang

Apakah penyokong KJ sangat suka ring gembira akan dilantik menjadi MEnteri penuh.
Hoi penyelaras , carilah keredhoan Allah.

Jaafar Harun..........................Mangkuk berbentuk kasut memancing cara eskimo.

Aku Lagi terkejut, Di Dalam Kawasan PTG PAuh, mpsp sanggup kertas luarkan untukdapar bond sebagai wang cuci.

Wednesday, February 27, 2008

10 hari nak pilihanraya ke 12 (2008)

Ari ni taklimat last before election. Kali ini ulang kira sekali saja, itupun if different less or 4%. Ini show that jumlah di polling center absolutely muktamad.

Issue yg go around "Barang Naik". Rakyat cukup terasa kenaikan harga barang. Bila minyak naik. Harga barang akan naik. Parti Kerajaan tak ada hasrat membekukan harga minyak. Harga tol juga akan naik.

Apakah rakyat akan menidakkan dua pertiga MP parti pemerentah yg ada sekarang. Tapi rata-rata pengundi kaum tionghua tidak berhasrat untuk undi pemerentah sekarang.

Sekarang penentu kedudukan parti pemerentah adalah Melayu. Kemana arah penguni Melayu tak dapat ditentu dg. jelas.

Parti pemerentah memperkemaskan term yg dipakai adalah pilihanra itu peperangan secara modern. Jadi penipuan dalam peperangan adalah harus ikut syarak. Cara mana Tak tahuler.

Di parlimen tempat aku. Rase-rase bergantung pada DUN yang ramai pengundi Tionghua.Ada tiga DUN dalam parlimen, tapi ada satu DUN yang ramai pengundi Tionghua. Pengundi di DUN lain tetap dengan pengundi yang sama, taat dan setia pada parti masing-masing.