Dik kerana aku ambil cuti hari jumaat, jadi aku bercuti empat ari. Mood ari cuti sungguh muram. Ini kesan saikoloji hal-hal kerja aku kat opis. Tak tahu kenapa jiwa cepat tersentuh sejak akhir-akhir ini.
Ari ni relative terdekat sebelah isteri ku meninggal. Arwah juga kenalanku. Aku kenal sangat dengan arwah. Arwah dah lama menanggung sakit penat. Arwah seorang yang ceria semasa hayarnya. Arwah anak kepada adik arwah mertua aku. Arwah dikebumikan di masjid Jelutong.
Oleh kerana fikiran berkecamuk, apa-apa yang aku lakukan semuanya tak fokus.
Saturday, January 22, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Penghubung 2 negeri Pakatan Rakyat
Tuesday, January 18, 2011
Sesuatu kelainan di awal tahun
Hari Ahad lalu aku jogging bersama anak aku di dam. Itu merupakan satu hari dalam sejarah k apabila pertama kali aku lihat babi hutan secara live. Ada tiga ekor babi hutan lari di hadapan aku. Tak sangka ada babi hutan di dam itu.
Hari Isnin di awal pagi ada accident di hadapan sekolah. Motor bertembung motor. Dan sehari sebelum itu ada satu accident kira-kira 1Km dari tempat accident hari ini, dan dua sebelum itu ada accident yang melibat maut kira-kira tiga kilometre dari tempat motor bertembung motor hari Isnin.
Di hujung tahun lepas dan awal tahun ini aku kehilangan ramai kawan. Terutama sekali pemergian special gred aku di awal karrier aku di Pulau Pinang. Beliau menanggung penyakit begitu lama. Selain itu aku kehilangan rakan sekerja yang baik aku sebelum aku bertugas di tempat sekarang. Dan seorang lagi rakan sekerja aku yang telah VSS, suami Pn. Shaleha yang menjadi TA aku semasa aku technician di tahun '80an. Al Fatihah kepada semua.
Bagi diri aku, ada sesuatu yang begitu meninggalkan kesan kepada aku. Ianya berlaku di hujung tahun lalu. Sampai sekarang dalam diri aku lukanya masih terasa. Pada aku hanya berbekal dengan ungkapan "bumi mana tak ditimpa hujan, manusia mana tak buat salah"
Adat dunia, bila ada pertemuan mesti ada perpisahan , tahun baru ini aku terpaksa berpisah dengan seorang anak buah aku yang begitu mengerti tanggunjawab kerjayanya dan diri aku sebagai superiornya. Apakan daya walaupun baik mana anak buah dik kerana keadaan , maka beliau terpaksa berhijrah ke selatan tanah air mengikut suaminya. Hanya ucapan "Selamat Maju dan Jaya" di tempat baru dan harap-harap satu hari nanti kita akan jumpa lagi.
Terima kasih banyak-banyak terhadap apa yang ditaburkan khidmat semasa di Pulau Pinang.
Selain ini diawal tahun sempat melawat rakan lama yang sama-sama kerja di BM . Beliau mengalami kecerderaan yang serious setelah terlibat satu kemalangan dihujung tahun lalu.
Subscribe to:
Comments (Atom)