Tuesday, December 26, 2017

Sesungguh Kita Ini Banyak Dosa

Wahai Tuhan Ku Tak Layak Ke Syurgamu
Namun Tak Pulak Aku Sanggup Ke Nerakamu
Maka Berilah Aku Taubat Dan Ampunlah Dosa Dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa Dosa Besar

Dosaku Bagaikan Butiran Pasir
Maka Berilah Aku Taubat Wahai Tuhanku Ynag Maha Agung

                   Ya Allah Ampunlah Dosa Dosa Kami
                    Ampunlah Dosa Dosa Kedua Ibubapa Kami
                    Bila Ini Doa Terakhir Aku, Ampunlah Aku, meskipun Aku Tak Layak Kesyurgamu.
                    DAlam Setiap Doa, Aku Memohon Layakkanlah Aku Sebagai HambaMu

Umurku Setiap Hari Makin Berkurangan
Dosa Bertambah Hingga Tak Terkira

Wahai Tuhanku,

Hamba Yang Bermaksiat Dan Berdosa
Tetap Datang Kepadamu Memohon Keampunan
Engkau Dzat Yang Berhak Mengampuni Dosa
Bila Engkau Tolak Doaku,
Kepada Siapa Lagi Aku Berharap....


Wednesday, November 1, 2017

Release Tension Minda

Kekadang teringat kenangan lalu, mood atau semangat jadi lelah. Semangat jadi  ada space yang vacuum.

Kekadang rasa macam nak balik masa yang telah ditinggalkan. Dimasa silam ada kenangan yang cukup mengasyikkan. Terfikir pula mengapa suasana lama itu tak dapat dialami sepanjang masa hingga sekarang.

Cukup terasa kehilangan masa masa yang berlalu. Dengar lagu lagu lama , kadang kala  boleh membuat hati kecil ini menangis. Cukup terkenang masa masa yang dilalui. Terkenang orang orang yang mengembirakan kita. Terkenangan masa yang cukup mahal untuk kita nak ulangi.

Adakah Allah menghendaki seorang hambaNya melalui detik detik sedemikian. Ini bagi membuktikan Allah boleh memberi ujian kepada hambaNya berbagai cara. Terpulanglah kepada kita untuk memilih cara menghadapi ujian Allah itu.

Barang perlu diingat, Allah akan mengambil kira apa yang kita lalukan di penghujung hayat kita. Jadi baki usia yang ada ,adalah penentu segalanya. Allah maha adil dan mengetahui.

Wednesday, October 4, 2017

Balik Ikut Time

Semalam aku keluar pejabat sharp jam 5.30 petang,  Sampai rumah , isteri cakap " Hari ni abang sampai rumah cepat?".  Dia rasa terkejut bila aku sampai rumah awal.

Jadi hari aku balik lewat sikit. Berbalas email dengan kawan. Dia di Taiping aku di Butterworth.
Dia nak peralatan untuk lawatan CTIO pada minggu depan.

Aku tanya dia. CTIO nak lawat station atau site staff lakukan kerja. Dia bagi tahu CTIO nak lawat station. Aku bertanya lagi, sejuk tak di station tuu?  Kalau sejuk aku nak bekalkan jaket. Kawan aku bagi tahu , hari ini dia pergi staion . Suhu di station panas.

Jadi , dia hanya mahukan topi dan vest. Tak tahu kenapa. Setahu aku, melawat  station tak perlu pakai topi dan vest. Tapi dah dia mahu, aku bekalkan saja.

Bos aku ke Langkawi 2 hari , ada meeting dan Forum . Kata forum hari Jumaat,  Langkawi hari Jumaat adalah restday. Minggu lepas pun dia kat sana juga. Minggu depan dia kat Langkawi juga sebelum dia pergi kursus.

Ini saja untuk menunggu bateri handset aku full.

Tuesday, September 12, 2017

Hari Graduasi N Najihah 11 September 2017


Perjuangan Nurul Najihah di MMU berhasil akhirnya. Syabas dan Tahniah.

Kemangkatan Sultan Kedah

Kelmarin petang dalam kesibukan memerhati graduan menerima scroll ,ada WA  masuk menyatakan kemangkatan Sultan of Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Muga rohnya dicucuri rahmat. Ini lah satu satu nya sultan yang menjadi Duli  Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali. pada 1970 dan tahun 2012.

Kemangkantan baginda pada usia 89.

Sesungguhnya Insan dijadikan daripada tanah dan akan kembali ke tanah jua. Hanya membawa bekalan amalan yang dilakukan semasa hayat berjumpa dengan Kadhi Rabuljalil. ( Al Malik) - Maha Pencipta.


Monday, September 11, 2017

Convocation MMU

Hari ini adalah hari bersejarah buat aku dan family. Hari ini sekian tiga kalinya aku berada di dewan besar MMU untuk menyaksikan majlis penganugerahkan ijazah kejuteraan buat anak.

Inilah merupakan hari terakhir aku menjejak kaki aku ke MMU , Ini adalah buat anak aku kemungkinan terakhir yang belajar di MMU ini. Dah tiga orang anak aku belajar kat MMU. Alhamdullillah , ini rezeki kami sekeluarga.

Dua orang jurusan kejuteraan dan sorang Fnancial Admin.

Tulisan Tak Sekata Dengan Sebenar

Pada aku sebarang tulisan tak purely cerita apa yang nak diekpretasikan.
Kita tak dapat menceritakan rasa durian kepada mereka yang tak pernah menikmati rasa durian. Kita tak dapat menceritakan rasa manis jika sesorang itu tak merasai manis.

Walaupun seribu perkataan yang ditulis, ianya tak akan sama dengan apa yang dimaksudkan secara tersirat dan tersurat..


Thursday, September 7, 2017

Rindu

Dah lama tak update blog. Kekadang rasa rindu untuk sesuatu. tapi entah macam mana , ari nie hilang rasa rindu itu.

Walaupun tak apa yang nak di updatekan. Arie nie dapat membayar kerinduan selama ini. Hati didalam   tak dapat dilukis dengan gambar.

Ok , hanya untuk melepas rinduku yang terpahat sekian lamanya.