Saturday, January 3, 2009

Kesengsaraan Diawal Tahun


Diminggu pertama tahun ini, satu sunami kecil di darat telah melanda rakyat miskin di negara ini. Bayaran kemasukan ke sekolah meningkat. Pakaian seragam neningkat,harga kasut meningkat dari tahun lalu.Buku exercise majlis sukan negeri tak bersesuaian dengan harganya.Wajib kena beli pulak tu.Bayaran tambahan yang bukanbukan dikenakan.

Bila kos seorang pelajar untuk kesekolah hampir RM100.00, bagaimana 4 orang anak akan ke sekolah. Dulu tak mengapa, harga getah sekilo RM4.50, kini tinggal 80 sen sekilo.

Nak berhutang, orang tak kasi sebab kilang-kilang dak nak tutup.Dah berlaku, bila nak kerja tiba-tiba gate kilang dikunci dengan rantai dan padlog besar.

Semua pintu ekonomi rakyat makin mengecil.

Di sekolah anak aku, semasa beratur untuk membayar, ada seorang makcik minta untuk membayar separuh bayaran saja.

No comments: