Monday, February 8, 2010

SOP perlu atau tidak.

Bila dah sering kali digunakan, kerap kalinya kita melupakan SOP sesuatu peralatan elektrik atau sebagainya. SOP adalah etika penggunaan atau pemakaian sesuatu peralatan atau mesin.

SOP (STandard Operation Procedure) kejiwaan atau kespiritualan atau kerohanian mempunyai kejituan dalam methology penghayatan.

Kita insan adalah makluk Allah yang sebaik-baik kejadian. Dijadikan insan dan telah ditetapkan rezekinya, telah ditentukan pasangannya, telah ditentukan hari matinya,

Kita makluk boleh merencana. Membuat sebanyak-banyak planning. Kita boleh rancang untuk mengumpul wang sebanyak yang mungkin. Akan tetapi kuasa mutlak menentukan rezeki kita adalah Allah.

Kita rancang nak zuriat. Akan tetapi belum tentu kita akan dapat zuriat sebagaimana yang kita mahu. Warna kulit pun kita tak dapat tentukan sebagai mana kita kehendaki.

Kalau mau kita nak anak hudung terletak sebagaimana anak anak mami. Tapi berapa kerat rupa macam itu. Kalau boleh kita nak kulit putih lagi halus tanpa perlu buat rawatan facial. Akan tetapi semua itu hak Allah. KIta merancang Allah merancang tetapi perancangan ALLaH Tetap berlaku.

Yakinlah apa yang Allah kehendaki tetap akan berlaku. Betul, kita yakin semua datang dari Allah, akan tetapi insan diberi akal untuk memikir pilihan mana yang terbaik.

SOP Allah terbaik dari semua segenap segi dan sudut. Sesuatu yang Allah larang ada keburukan nya. Sesuatu suruhan Allah ada kebaikan nya walaupun kita fikir tiada kebaikannya.

No comments: