Friday, March 5, 2010

Perpisahan Satu Lumrah Kehidupan


Kalau difikirkan cukup menyayat hati. Ianya sesuatu yang amat aku sayang. Sukar bagi untuk melepaskan ianya pergi. Namun persahabatan aku dengannya kira-kira 14 tahun berakhir. Perpisahan ini meninggalkan seribu satu kenangan buat aku dengannya.

Dulu pertengahan tahun 80an aku tersempak dengan seumpamanya. Ianya cukup menawan. Bukan aku saja yang tertawan, malah ramai lagi yang terpegun melihatkannya. Dalam hatiku terdetik persoalan "Adakah aku mampu memilikinya pada hari mendatang?"

Namun Allah mentakdirkan pertemuan aku dengan seumpamanya setelah 7 atau 8 tahun setelah pertemuan pertama. Aku terpaksa menjual seluruh saham aku dan sedikit berhutang daripada isteri bagi aku memilikinya. Masa itu aku terpaksa mencari sejumlah RM40 ribu.Isteriku cuba menghalang namun hati sudah berkenan, tiada siapa dapat menghalangnya.

Hukum alam , setiap pertemuan sudah dipasangkan dengan perpisahan. Pada penghujung bulan February 2010 aku terpaksa berpisah dengannya. Walaupun sayang dan suka kepadanya, hanya setakat ini persahabatan dan perkhidmatannya kepadaku berakhir. WCC 4001 cukup berjasa padaku dan famili aku. Sekali lagi dinyatakan kenangan dengannya tidak dapat dilupakan hingga akhir hayat. Pahit manis bersamanya adalah sesuatu yang indah dalam ingatan. Perpisahan dengannya, tiada pengganti seumpamanya.

Bak kata orang, mau tidak mahu kita akan berpisah juga. Terakhir sekali umpama berpisahnya jasat dengan nyawa.

No comments: