

Tepat pada pukul 1150 malam 31 may 2010 salam terakhir buat aku untuk 9 ekor kucing kesayanganku. Selama kira-kira hampir kurang lebih dua tahun mereka bersama mengharungi kehidupan sebumbung dengan keluarga kami, kini mereka aku pisahan dengan rasa yang cukup mengharukan. Tetapi apakan daya kucing =kucing diberi Allah ilham bukan fikiran walaupun mereka ini ada otak.
Kami sekeluarga dah tak tahan lagi kerenah mereka. Mereka ini sudah tidak dapat dikawal lagi. Membuang air kecil dan air besar di dalam rumah. Tak kira dapur ker atau bilik tandas dan bilik air.
Aku dapatkan mereka dan masukan kedalam sangkar. Sekali masuk sembilan ekor. Dengan rasa cukup sedih dan sambil menitis air mata, aku bawa kedalam kreta dan bergerak ke destinasi sebuah wet market. Akan tetapi half way tidak sampai hati . Destinasi itu terlalu jauh so aku berpatah balik ke nearby taman. Di sana aku keluar mereka sambil sekali lagi aku merasa sayu. Sebentar lagi kita berpisah buat selamanya. BYE BYE , TOMPOK, NON, AGEE, TEH, TAM dan anaknya,Akimaru, Giant dan kini aku sebak, pilu dan se ekor lagi kelabu (yang Paling cun dengan bulu yang cantik). Aku tak sampai hati nak memisahkan antara mereka so aku tinggalkan mereka dengan rasa bersalah dan seribu satu soalan. Bagaimana mereka nak survive. Siapa nak bagi mereka makanan. Hari -hari sebelum ini akulah yang merebus mereka ikan. Aku membeli mereka makanan kucing . Rasanya dah beratus wang aku habis membeli makanan mereka. Tapi aku puas dan bersyukur kerana rezeki aku murah.
Tambahan pula my daughter just joint MMU dicyberjaya last sunday. Dia ambil jurusan engine.
Rasanya aku perlu visit tempat yang aku lepas mereka once a while. Mana tahu mereka masih menetap di situ.Kepiluan aku menambah dengan aku kehilangan kucing jantan aku yang bernama stockin. Dia didapati mati sebelah lpagi dekat surau. Rasanya dia termakan racun semburan pada rumput depan rumah aku. Aku juga kehilangan se ekor lagi. Kali anak teh yang akhir. Usia nya tiga bulan,
Aku tak tahu, bagaimana rumahku dan keluarga aku bila mereka mereka ini dah tiada. Agaknya sunyi lah. Selaunya kucing kucing akan tidur dalam rumah. dan some time mereka tidur sama-sama di ats katil. Di hujung kaki kami.
Tak tahu lah , apa rasanya dan apakah kami akan merindui rengitan dan meowan kucing -kucing ini.
Dengan harapan dan doa agar tuhan memanjangkan usia mereka, aku sungguh-sungguh berharap akan ketemu meraka lagi di satu masa dan waktu dihari-hari mendatang , (Aku Sebak dan menitis air mata cukup sedih)
Diwaktu lepas sembahyang Isyak , Aku sedih dan sebak mengenangkan umat Islam yang syahid dan kami jemaah di surau melakukan sembahyang hajat kerana mala petaka yang menimpa mereka yang dalam rombongan bantuan kemanusiaan membantu umat Plastine yang dikepong dan disekat barang makanan oleh pihak yahudi laknatullah. "Ya Allah , kau lemahkan fizikal dan mental tentera yahudi " Amin.
Tak tahu lah, sehari dua hari, aku menerima berbagai-bagai dugaan, Masa di KL ari tu, aku tertinggal handset aku kat rumah kawan wife aku. Nasib baik belum balik ke Penang. Ari ni pula, kunci kretaku tak dapat dikesan, dimanakah dia . Aku mencari namun tak jumpa.tak ingat mana aku letakan. Nasib baik wife aku ada simpam spare key. Entah- ntah aku nie banyak buat dosa pa?
"Ya Allah, amponkanlah dosa hambamu yang kerdil lagi banyak dosa ini" Amin ya robbil'alamin.
No comments:
Post a Comment