Tuesday, July 20, 2010

Kenapa Gula naik harga sebelum kita berpuasa?

Polis meningkat peratus saman kesalahan trafik. Polis cemburu JPJ dapat mngutip wang saman lebih daripada polis. Kata seorang sarjan bila aku menghampirinya.

Katanya lagi pihak JPJ dalam masa 3 bulan terakhir ini dapat mengaut ratusan ribu ringgit.

Kawan aku bawa kereta company pun dah kena saman. Dia dah fobia nak bawa kereta melalui kawasan yang dia sendiri kena saman.Aku tak pasti company dah bayar saman atau belum.

Itulah contoh-contoh bagaimana wang saku rakyat mengalir sebelum rezeki itu dirasai anak bini semenjak dua tiga menjak ini.




Akan pindah tempat bertugas.

Kawan anak saudara isteri aku kata akan berpindah tempat kerja awal August ini. Dia seorang anggota keselamatan yang berpangkat. Sekarang dia bertugas di Kuala Kubu Baru.

Dulu dia seorang sangat penakut. Kalau dengar bunyi mercum dia akan meloncat sambil menjerit. Entah macam mana tiba-tiba saja jadi anggota keselamatan. Dia berkelulusan IPTA.


Turun KL

Kuala Lumpur setahun dua tahun ini menampakkan pembangunannya terencat sedikit. Jalan Bangsar kat simpang ke Brickfield dari dulu ada masalah. Perjalanan selalu terbantut kat situ. Cuma aku rasa sikit lain bila tembok Pudu Jail dirobak-robek sedikit demi sedikit. Itu saja kelainan KL.


Sebelah KL Central masih macam tu juga. Kampong Baru macam dulu juga.Hotel yang ada dulu, kini hotel itu juga yang ada. Sebelah bangunan Mara masih terkepong lagi.

Pembangunan KL tak sepantas macam dulu.Masa aku tinggal kat Kl dulu, Chow Kit lah paling meriah. Sekarang orang tak sebut lagi Chow Kit.


Perbelanjaan Kini

RM50 sehari habis cukup yak terasa. HAri pergi main boling dengan anak kejap aje pecah RM 50 dah habis. Bukan apa beli susu, anak nak makan dengan cocoa crunch, beli choclate bar campur dengan main boling habis RM50.

Nasib baik tak berhenti makan di kedai makan. Kalau berhenti mahu habis RM100.

Kalau hari biasa, pagi lagi belum apa-apa dah habis RM5 atau RM6 . Beli nasi lemak campur kueh dua atau tiga ketul. Kalau isteri balik sekolah sambil-sambil berhenti kat kedai, habis RM15. Ini hanya untuk tengahari. Malamnya beli lagi. Kalau tiga orang, RM12 biasalah. Beli Nasi goreng dan minuman.

Rakyat macam kita juga yang sakit dada memikirkannya.

Sekarang orang nak buat duit bukan main senang. Selalu orang kata smart income.
Kat ofis, aku dapat ada vendor aku sengaja melakukan charge seolah-olah tak sengaja. Kalau kita terlalu pecayakan vendor-vedor ini sudah tentu company dah rugi puluhan ribu ringgit.

Kadang kala dia buat double charge kepada satu kerja.

Tapi tak dinafikan ada juga vendor yang baik.

Pada bulan lepas performance kawasan kami tercorot. Tangga last sekali. So macam kapal lah ,bila kapal slow, put more energy by masuk more bahan bakar then kapal pun laju.
Management create banyak initiative. Jadi pihak pengurusan terbang sana sini, sampai ada perkara yang tidak ada related dengan individu tertentu pun dia terpaksa terbang juga. Tau-tau sajalah berapa bayaran untuk terbang tuu. Alih-alih MAS, Firefly dan Air Asia yang gain keuntungannya.


Pada aku kita kerja demi rezeki.Rasa tanggungjawab. Kadang-kadang nak klaim pun malu kat tuhan dan diri sendiri. Output aku sepadan dak dengan claim atau gaji seharian.Lainlah dengan staf yang tak terikat dengan 5 hukum. Wajib,sunat, makruh ,harus dan last hukum haram.

No comments: