Ari ni aku melawat TM Ssg.Relong . Lokasinya dari Pekan Kemunting selepas melewati jambatan Sg. Relong.
Oleh kerana Keadaan kawasan ibusawat yang yang menarik dan suasana aman, aku rasa sangat sesuai jika dibuat training kat situ. Namun space dalam kabin amat terhad dan dengan itu tak jadi buat training di Sg. Relong.
Dalam perjalanan balik, aku melewati ISA detention camp. Aku cakap kepada seseorang bahawa sesiapa yang telah ditahan di sini mempunyai keistimewaa tersendiri. Di Akhirat nanti mereka boleh dakwa kepada sesorang kenapa mereka dizalimi. mengapa mereka ditahan tanpa diadili di mahkamah.
Ingatlah di Akhirat nanti mulut tidak boleh berbicara. Anggota kita akan menjadi saksi kezaliman seseorang di kalangan pemerentah.
Aku ceritakan nya bahawa dikampung aku, dah ada 2 orang yang pernah ditahan ISA.
Seorang kerana politik dan seorang lagi kerana mengikut arahan Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia.
Aku juga biasa berbicara dengan kenalan yang biasa menziarahi tahanan ISA. Kalau tak silap aku , kata kenalan itu ,ada seorang yang di tahan ISA cukup lama. Beliau tak dikenali ramai. Oleh kerana terlalu lama beliau tak mahu keluar dari kem tahan. Kenapa?
Beliau kata tak mempunyai sesiapa lagi diluar sana dan orang tak kenal serta ingat dia lagi.
Akan tetapi sekembali aku ke rumah , aku terbaca ada lagi insan di Malaysia yang ditahan tanpa bicara. Yang paling tebaharu, Seorang Singaporean Abdul Majd Kunji.
Sebagai rakyat , adalah hak semua insan menerima keadilan. Sesorang dihukum bersalah setelah dihakimi secara adil.
No comments:
Post a Comment