Ari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke 24. seperti biasa ramai yang memberi ucapan. Terima kasih ler banyak-banyak kepada yang memberi ucapan.
Dalam usia melebihi setengah abad ini , tak tahulah , semalam aku membuat ucapan dihari graduasi PASTI. rasa aku, minda dah agak kekurangan tak seperti dahulu. Memang stailku tak pernah pakai teks bila memberi ucapan, tapi kali ini, agak cukup susah bila memberi ucapan tak ada teks.
Balik kepada hari ulang tahun, aku sendiri tak tahu apa yang nak beli buat isteri aku. Ada rakan sepejabat pergi Langkawi, tapi malas nak pesan apa-apa kerana tak mahu membebankan mereka.
Penat juga memikirkan apa yang nak bagi. Kalau pasal kain nak buat baju, kat almari tuu ada banyak lagi kain yang tak ditempah.
Nak beli barang perhiasan , baru yer beli. tapi ala kadar saja. Zaman dunia meleset perlu jimat masa berada. Nampak gayanya, harga barang makanan makin naik melambung. Ditahun depan perlu ringgit yang banyak. Anak nak masuk sekolah menengah dan sorang lagi nak masuk kolej.
Hari ini pejabat sunyi. Ramai ke Langkawi dan bercuti. Diluar sana hujan sedikit.
No comments:
Post a Comment