Wednesday, February 27, 2013

PRU 13

Bagaimana kalau PRU 13 tak berlaku pada tahun ini.

Andaikata berlaku pertumpahan darah di Sabah dan peristiwa ini dikaitkan dengan gerombolan Pejuang Kesultanan Sulu dan Angkatan tentera Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Sabah.

Ini boleh dijadikan alasan PM DatukSeri Najib menangguhkan PRU 13 kesatu masa atau tarikh yang lain.
Rasanya kemungkinan ini boleh dijadikan helah dik kerana buat masa sekarang peluang kerajaan yang ada untuk menang adalah tipis.

Rakyat sekarang dah bertambah matang , mereka ikut petua Tuan Guru Nik Aziz , dapat gula pakai , dapat kain pakai../dan seterusnya.  Dapat apa saja dari kerajaan Malaysia ambil. Itu adalah hasil pulangan sedikit hasil daripada percukaian yang dicukaikan kpd rakyat.

 Pembangkang akan mendapat tambahan kerusi Parlimen dari Negeri Johor , Perak dan Negeri Sembilan di semenanjung,( terima kasih Tan Sri Timb PM , Datuk Seri Nazri dan En Khairy)  Di Malaysia Timur pembangkang dapat penambahan sedikit kerusi. Itu pun kalau krisis "kad Pengenalan Palsu" selesai dan memuaskan rakyat Sabah. Begitu juga di Pahang , pembangkang dapat tambah dua atau tiga kerusi.

Akan tetapi PRU !3 mesti diadakan secepat dari sekarang dan selewatnya April 2013

No comments: