Tuesday, February 13, 2018

Evolusi

Perubahan sentiasa dihadapan kita. Dimana saja kita berada. Tahun ini ramai teman akan menghilangkan status "rakan sekerja".

Umur mencapai 60 tahun. ini umur maksima sesorang bertugas dengan syarikat. Tahniah dan syabas kepada rakan sekerja yang diberi kesihatan yang baik untuk bertugas sampai 60 tahun,

Selain mencapai umur , ada rakan sekerja yang akan berpindah demi kepentingan syarikat. Pada mereka yang berpindah dinaikan pangkat, tahniah.Juga pada yang berpindah tak dinaikan pangkat, tahniah juga kerana diberi peluang untuk merasai suasana yang baru dan berbeza.

Akan tetapi harus diingat pengalaman kita di tempat lama akan menjadi guidance untuk kita terus maju kehadapan  atau meningkatkan potensi yang ada pada kita.

Kita juga boleh membaiki kesilapan yang lampau. Selagi kita bernafas. Peluang kita membaiki diri adalah terbuka. Membaiki diri bukan bererti kita turning 360 degre. Kita harus mencuba sedikit demi sedikit.

Kita tak dapat lari dari mengimbau masa yang lalu. Ada kalanya memerikan dan ada kalanya ianya menyeronokan. 

Keseronakan bekerja di sesuatu tempat bergantung pada banyak faktor. Faktor insan  sekeliling adalah element yang paling penting. Sebab itu setengah orang membina kawan  sekerja supaya mereka menjadi penarik kepada kesukaan datang bekerja.

Selain itu , memiliki boss yang pandai mengambil  hati pekerja juga memainkan peranan penting bagi kita suka datang ke tempat kerja.

Kalau anak buah menegur boss , tapi boss buat tak ambil pusing saja, ini cukup memberi kesan kepada yang mendalam kepada anak buah tersebut.

Personaliti bos juga penting untuk anak buat menghormati boss.

Perubahan diawal tahun adalah resam dalam pekerjaan. Ada jabatan yang akan mendapat staf baru dan ada jabatan yang dikecilkan.


Sunday, February 4, 2018

PRU14log

Sudah terasa bahang kepanasan pilihanraya . Bak kata macam maal pilihanraya.
Dalam media masa dah terserlah tanda tanda awal dah dekat sangat dengan piliharaya.

Teka teki banyak dah yang terungkai siapa akan bertanding.  Dah ada nama dan lokasi
tempat bertanding.

Bagi aku, yang jahil politik , hanya boleh menukilkan nama dan lokasi , akan tetapi
wallahhu aklam betul atau tidak.  Pada tilekan aku , Parlimen Permatang Pauh ditandingi oleh
Mohd Sabu mewakili PAN melawan BN. Ini adalah kerana Pengundi PAS mahukan "Abang Mat"
di Parlimen.

Dr Wan Azizah akan betanding di Parlimen Shah Alam.

Selangor akan mendapat Menteri Besar baru. Barisan Tertinggi PKR Yb Nurul Izzah akan bertanding di DUN Kajang dan akan menggantikan Yb Azmin sebagai Menteri Besar Wanita pertama di Malaysia.

Dato' Hj Mahfuz hj Omar akan bertanding di Parlimen Pendang atas tiket PAN menentang BN.

D Johor pula YB Hj Sallehuddin Ayob akan berpindah ke Parlimen Johor Bahru. Selain dari itu beliau
juga akan bertanding di dewan undangan negeri sebagai persediaan untuk dicalunkan sebagai Menteri Besaqr

Di DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang , PAN akan mengenengahkan seorang induvidu
yang paling istimewa. Bukan anak tempatan.

Rasa rasanya BN tidak dapat mengekal kerajaan di N Sembilan.