Tuesday, February 13, 2018

Evolusi

Perubahan sentiasa dihadapan kita. Dimana saja kita berada. Tahun ini ramai teman akan menghilangkan status "rakan sekerja".

Umur mencapai 60 tahun. ini umur maksima sesorang bertugas dengan syarikat. Tahniah dan syabas kepada rakan sekerja yang diberi kesihatan yang baik untuk bertugas sampai 60 tahun,

Selain mencapai umur , ada rakan sekerja yang akan berpindah demi kepentingan syarikat. Pada mereka yang berpindah dinaikan pangkat, tahniah.Juga pada yang berpindah tak dinaikan pangkat, tahniah juga kerana diberi peluang untuk merasai suasana yang baru dan berbeza.

Akan tetapi harus diingat pengalaman kita di tempat lama akan menjadi guidance untuk kita terus maju kehadapan  atau meningkatkan potensi yang ada pada kita.

Kita juga boleh membaiki kesilapan yang lampau. Selagi kita bernafas. Peluang kita membaiki diri adalah terbuka. Membaiki diri bukan bererti kita turning 360 degre. Kita harus mencuba sedikit demi sedikit.

Kita tak dapat lari dari mengimbau masa yang lalu. Ada kalanya memerikan dan ada kalanya ianya menyeronokan. 

Keseronakan bekerja di sesuatu tempat bergantung pada banyak faktor. Faktor insan  sekeliling adalah element yang paling penting. Sebab itu setengah orang membina kawan  sekerja supaya mereka menjadi penarik kepada kesukaan datang bekerja.

Selain itu , memiliki boss yang pandai mengambil  hati pekerja juga memainkan peranan penting bagi kita suka datang ke tempat kerja.

Kalau anak buah menegur boss , tapi boss buat tak ambil pusing saja, ini cukup memberi kesan kepada yang mendalam kepada anak buah tersebut.

Personaliti bos juga penting untuk anak buat menghormati boss.

Perubahan diawal tahun adalah resam dalam pekerjaan. Ada jabatan yang akan mendapat staf baru dan ada jabatan yang dikecilkan.


No comments: