Monday, March 5, 2018

Permatang Pauh Oh Permatang Pauh


Mungkinkah dalam PRU terdekat ini akan melihat bekas calon yang bertanding satu ketika dahulu akan bertanding kembali. Ini kerana ada kaitannya dengan keadaan jika berlaku pertandingan 3 penjuru,

PAS, PAN dan Umno akan meletakan calon masing masing. Kalau betul akan berlaku pertandingan 3 penjuru, Umnolah akan mendapat keuntungan. Percentage tinggi adalah kemenangan dalam PRU nanti.berpihak kepada UMNO (BN)

Dengan congakan begini , bekas calon tersebut merasai beliaulah yang paling sesuai untuk dipilih sebagai calon UMNO bagi mewakili BN nanti. Akan tetapi jika pertandingan di Parlimen Permatang Pauh kali ini disertai oleh penyandang sekarang , harapan untuk UMNO menang adalah tipis. Kecuali permainan kotor berlaku seperti di PRK Pendang satu ketika dahulu.

Dengan berbekal dengan majoriti undi yang banyak dalam PRU yang lepas, sukar UMNO untuk menewaskan PKR , Ini pun jika berlaku 2 penjuru dalam PRU kali ini.

Desas desus yang didengari di cuping telinga,  menyatakan penyandng kerusi parliman P044 akan berpindah ke Selangor.  PKR berusaha agar Negeri Selangor tak jatuh ke BN. Oleh itu PKR akan membawa calun heavyweight mereka ke Selangor. Presiden , Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR akan bertanding di Negeri Selangor samada di kerusi Parlimen dan Negeri.


No comments: