Friday, May 10, 2019
Log suku pertama 2019
Dalam benak , dok fikir ingin pengalaman bermalam di hospital. Dihujung tahun2018 , ditakdirkan aku kemalangan. Jatuh motor semasa membelok nak isi petrol di station Petronas. mulanya aku dibawa menaiki motor ke hospital. Seperti biasa, jalani displin rawatan, jumpa HA di ruang legar unit kecemasan hospital dan trus dipakai andoh . Katanya tulang dalam badan aku patah.
Dihadapan doktor aku cakapkan aku terjatuh motor , biasalah doktor bertanya ada tak aku pengsan. Aku jawab tak. Adakah aku muntah, aku jawab tak. Terus diminta aku pergi x-tray. Dan tunggu kat luar.
Tunggu sejam , nama dipanggil jumpa doktor. Kata doktor, aku kena stay di wad untuk dua malam. aku tanya doktor kenapa, doktor cakap tulang rusuk dan colorbone aku patah. terkejut aku. "tunggu kat luar nanti ada staff hospital bawa pakcik ke wad" kata doktor.
Panik aku sebab tak pernah dok hospital seumur hidup. Syafiq , anak saudara aku telepon aku. "Pakcik, saya bawa pakcik ke KPJ" terkejut aku , bagaimana dia tahu aku kemalangan. Aku bingung seketika. cakapan Syafiq memaksa aku kena cepat buat keputusan. Tiba tiba ,seorang staff hospital memanggil nama aku.
"Pak Cik , ikut saya pi ke wad." Kata staff hospital tersebut.
"Encik , boleh tunggu sat, saya nak pi KPJ. biar saya cakap dengan doktor" kata aku kepada staff tersebut.
Dan aku terus masuk memberitahu doktor dan doktor meminta aku tandatangan satu surat akuan,
Di KPJ aku dibawa ke unit kecemasan , di sini aku dibiarkan berseorangan hampir sejam sebelum seorang doktor berjumpa aku. Sebelum itu aku di x-tray sekali lagi. Aku bertanya nurse , kenapa aku tak dibawa ke wad. nurse beritahu sekarang tak ada katil kosong.
Sejam kemudian aku ditolak ke wad. Aku ditempatkan bersama enam lagi pesakit sebilik..
Ini lah satu kurniaan tuhan. Aku ingin merasai pengalam duduk di wad KPJ. Setiap hari nurse datang bertanya. Selepas dibedah , aku berihat diwad empat hari ditemani isteri. Pengorbanan isteri ku tiada ternilai. Terimak kasih juga kepada kawan dan sanak saudara yang bertandang melawat aku.
Bermula tahun baru, aku mendapay MC sebulan. Duduk di rumah. rehat, Inilah satu takdir yang telah sedia oleh Khalid Azza Wajalla bagi hambaNya yang bernama Jafar Harun dihujung tahun 2018.
Kerap kalinya dihujung tahun akan terlakar peristiwa yang akan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.
Di Awal awal tahun 2019 aku MC berihat di rumah dua bulan. Masuk bulan ketiga , di awal bulan Nadia, anak aku yang ketiga mendirikan rumahtangga.. Anak saudara aku juga mendirikan rumahtangga dihujung bulan ketiga.
Sessi bergambar semasa menunggu saudara lain di Cyberjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment