Dah berlalu minggu pertama bulan Ramadhan 1428. Aku beribadat belum mantap lagi. Tadarus baru beberapa halaman saja. Tak consistant. Dua tiga hari permulaan bulan puasa, aku sakit mata. Jadi aku tak ke surau untuk berterawih. Bila rasa baik sikit aku sempat sembnahyang terawih sekadar lapan rekaat sahaja.
Ramadhan kali ini suasana lain sedikit dari Ramadhan yang lalu. Setiap petang kelihatan ramai kanak-kanak membawa bekas plastik datang ke surau mendapatkan bubur kanji.(bubur lambuk). Tapi semalam surau masak bubuk pulut hitam pula. Very good, once a while ubah selera sikit.
Walau bagaimanapun aku tak kesempatan merasai bubur pulut hitam itu. Hari itu singgah rumah abang ipar dan berbuka kat sana.
Diawal minggu berpuasa negara di aurakan dengan kisah yang menyedihkan. Kanak-kanak yang bernama Nurin Jazlin dah Kembali kepangkuan Penciptanya. " Dari tanah asal kita,ke tanah kita kembali."
Kata bapanya. "Bukan lagi binatang, dah lebih daripada binatang." Itulah ungkapan dari kita, makluk tuhan yang paling lemah. Kat rumah, anak ayam yang baru dua hari melihat dunia dah boleh bejalan dan berlari. Kalau manusia dua hari baru lahir boleh tak buat begitu?
Akan tetapi perlu diingat. Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Ini mengingatkan aku satu ketika dahulu. Kenyataan polis Selangor dalam kes kematian ratu track negara yang mempunyai masa depan yang cerah, Allahyarhamah Rabia Salam. Selepas kematiannya Ketua Polis Daerah Kajang membuat kenyataan akhbar bahawa allahyarham Rabia Salam mengandung semasa meninggal dunia. Tetapi keesokan harinya Ketua Polis Selangor dalam sidang akhbar menyatakan Allahyarham Rabia Salam tidak mengandung.
Apakah Laporan hospital tidak dirujuk oleh Ketua Polis Daerah kajang. Apakah kenyataan akhbar yang dibaca olehnya tdak disemak terlebih dahulu. Rasanya tentu kenyataan itu disemak dan disahkan sebelum dibaca kepada media.
Di sini tak mau ulas panjang-panjang kes Nurin Jazlin..." Al-Fatihah"
Perlakuan pembunuhan itu adalah satu anjakan paradigma jenayah hasil daripada mentality generasi tarbiah selepas 50 tahun merdeka.
No comments:
Post a Comment