Tiada apa yang istimewa. Tapi hujung tahun ini sekeluarga dapat berada di Komplek Ustaz Muthalib kecuali kakak yang masih di Malacca. Harinya Sabtu 8 Dec 2007. Sesuatu yang baru didengari. Lelaki sunat jika pakai perak. Alloy yang mengandungi emas, haram untuk lelaki.
Topik utama hari tu, orang yang tidak sembahyang. Orang tidak solah, tiada kebajikan sedikit pun. Wajib kita bermusuh dengannya. Tiada berkat akan dia dan haram berkasih akan dia. Ini tercatit dalam kitab.
Amalan harian patut dibuat ialah berdoa untuk ibubapa. Allah akan memurahkan rezeki orang yang berdoa untuk kebaikan ibubapanya.
Sabtu minggu seterusnya bercuti di Malacca.Thank to Prestige Platinum Vacation kerana dapat sediakan penginapan.Very excellence job.
Aura dihujung tahun nampaknya ada sikit kelegaan. Pilihanraya dapat dinyahkan dengan isu perhimpunan demi pehimpunan. Strategy yang berkesan. Tempoh kerajaan yang ada sekarang masih panjang lagi. April 2009 baru tamat. Jalankan kerja, jangan banyak sangat mencanang. Apa yang dirancang perlu diimplimentasikan. Masa seperti mata pedang, kata perpatah arab. Harap pilihanraya diadakan pada awal 2009. Tugasan PAk LAh banyak lagi tak jalan dan tak selesai. Kes Altantuya belum habis. Fokus daripada Tun Daim amat simbolik. Apakah "kawasan panas" dengan "Kawasan kelabu" sama. Tapi yang kulit hitam ni lain sikit. Mata sepet pengajian Melayu di Utara dah warning kat "Depa".
Bottom linenya election lambat lagi........?????? Bijaksana in english mean...
Ambang 2008
Hujung tahun cukup murah..semurah murah murahnya. Nyawa manusia. Di Tol Jelapang Ipoh 8 orang dalam satu kemalangan. Dalam pejalanan dati Sg Tengas ke Kulim aku lalui kasan di orang kampung berpesta membasuh jalanraya. Mereka membasuh darah,daging dan najis maunusia di atas jalan akibat kemalangan. Seorang remaja menonggang motorsikal bergesel proton saga semasa memotong sebuah lori terjatuh dan digelek lori. Mayat berkecai apabila perut pecah dan kepala parah. Itu dikata semua barang mahal dan yang murah ialah nyawa manusia. Latest 2 nyawa lagi terkorban apabila seorang Melayu dan seorang India dirempoh oleh bas express di lebuhraya. Cukup dan amat murah nilai nyawa manusia. Sebelum tu ada kemalangan kereta dengan lembu mengakibatkan nyawa juga. Lebih daripada seorang terkorban.
Tahun 2008 menjanjikan kenaikan harga barangan harian selain kenaikan TOL. Indek Implasi dijangka akan lebih besar. Golongan miskin akan tersepit dam merana dek kesempitan hidup.
Petani mengalami fenomena hasil padi yang tidak menentu. Kos first stage preparation bermasalah bila benih yang ditabur dimakan oleh siput. Terpaksa di bajak semula dengan trektor dan mengupah pekerja menanam anak padi secara manual.Double cost.
Hasil tuai belum tahu. Kadang-kadang sampai dihujung penghasilan, padi diserang dengan anasir lain seperti tikus atau padi angin. Itu tidak dikira faktor cuaca lagi.
Jika musim hujan timbangan berat dipotong oleh pembeli dengan nilai yang banyak.
Milo dah naik,tepong dah naik. Barang yang anak nak kesekolah dah naik. Spare part kreta dah naik.Upah repair kreta dah naik.
Inilah kelohan yang tiada penghujungNya.Sakit jantung bapa yang ada anak ramai ke sekolah. Mengapa ada bayaran untuk PIBG, kertas pepereksaan. dan lain-lain lagi.Apakah pembiaya pendidikan tiada modal untuk menyara atau bayaran untuk mengayakan pihak lain.Apakah guru-guru yang dibayar gaji akan tetapi mereka perlu dibayar oleh ibubapa bagi memajukan akademik murid-muridnya. Mengapa sekolah bangsa lain gurunya secara sukarela melakukan aktiviti memajukan pelajaran anak bangsanya.
Ini ratapan yang menyakit jantung. Kasihan mereka yang miskin wang ringgit. Sarapan pagi untuk anak tak sempat disediakan. Ibu jam 6.00pagi dah tunggu van ditepi jalan untuk ke tempat kerja. Ibu-Ibu ini mendengar azan subuh didalam van kilang.
Anak beli nasi lemak ditepi jalan dah tiada lagi wang saku untuk membeli makan masa rehat di sekolah. Anak tadah tapak tangan minum air paip. Har-hari makan nasi lemak atan nugged, boleh ker pintar. Tapi lebih malang lagi anak yang tiada membawa wang kesekolah. Harapkan nasi goreng yang dimakan waktu pagi. Nasi yang digoreng dengan minyak. Apa vitamin yang ada. Hanya rasa manis bawang.
Teramat malang lagi, masuk kelas belajar sains dalan bahasa Inggeris. Bagitu juga mathematik. Tambahan pula cikgu yang hanya berbangga mereka dapat elaun bahasa. Mengajar dalam bahasa Inggeris tak tahu, asyik bawa balik laptop kerumah saja.Kadang kala, biar laptop yang mengajar, cikgu wallah hu'aglam. Cikgu sendiri pun tak tahu tahap qualiti pembelajaran yang diajarnya. Murid paham tak faham dia sendiri tak faham 'term" yang dia gunakan. Anak yang tak berdosa dan tak tahu apa telah dikorbankan.
Sambong very soon.....
No comments:
Post a Comment