Belum sempat nak buat komentar PRK Manik Urai dan kematian anak Datuk Kho, yang mana te lah disahkan oleh KPN sebelum polis mula siasatan rapi bahawa kematian anak Datuk Kho tiada unsur jenayah. Ini mengikut surat khabar Harian Metro.
Tiba-tiba berlaku satu lagi kejutan. Setiusaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah,Teo Beng Hock, 30tahun dijumpai mati di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat SPRM.
Mengikut kenyataan SPRM, beliau di bebaskan dari tahanan pada jam 3.45 pagi(16 Julai 2009)tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.Ini dinyatakan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull. Seterusnya Pengarah Siasatan SPRM berkata mayat mendiang Teo dijumpai jam 1.30 tengahari.
Rasanya CCTV dapat diperolihi bagi membantu siasatan. Tunggu saja bottom line of siasatan tapi tak tahu bila?
Kelebihan MU(Manik Urai)
Aura pertandingan merebut kerusi Timbalan Prtesiden PAS rasanya masih ada. Ustaz Nasharuddin tiada dalam mana-mana aturcara ceramah diPRK MU. Kenapa? PAS bertanding di MU, tetapi kenapa sebagai Timbalan Presiden, beliau di"ban" dari berkempen. Apakah ada individu tertentu tak dapat menerima hakikat dalam pertandingan ada kekalahan.
Hasilnya issue ini dijadikan pihak musuh sebagai bullet tembak PAS dilam PRK MU.
Orang muda Kelantan makin bijak buat analisa sendiri dan sebagai protes apa yang berlaku di atas, semua saluran orang muda PAS kalah. Orang muda Kelantan marahkan individu tertentu dalam barisan pimpinan PAS Kelantan maka yang menjadi mangsanya ialah undi PAS di Manik Urai.
Orang Muda Kelantan cukup hebat.Mereka dah mentelaah blog-blog di Internet. Mereka cukup kenal pimpinan PAS di pusat dan di Kelantan sendiri. Contonya anak TGNA.
Kita perlu ingat bahawa barisan pimpinan PAS yang baru dilantik oleh jenerasi baru. Ramai pemimpin muda dalam barisan pimpinan PAS Kawasan. Oleh itu molek sekali PAS Kelantan mengambil kira gelombang jenerasi baru sekarang ini di Kelantan sendiri ataupun dalam parti PAS umumnya.
Biarlah ini berlalu, jadikannya sebagai pengalaman dan pengajaran buat masa depan yang lebih mencabar. Tidak mustahil PRU13 makin dekat.
No comments:
Post a Comment