Thursday, July 23, 2009

Perpecahan dalam PAS

Dalam usrah baru ini, Naib YDP Pmtg Pauh masih mengutarakan bahawa PAS negeri ingin meletakan calon dalam PRK Penanti tempoh hari. Mengapa PAS negeri yang diketuai Ust, Salleh berbuat demikian?

Apakah PAS negeri mendapat benefit dari kes tersebut? Kalau betul demikian dan keputusan meletakan calon itu, satu keputusan secara kolektif atau sememangnya satu ambitious sesorang atau sekumpulan oportunis.

Mengikut kata-kata Ketua hal ehwal ulamak, Ust. Badrul Pas sekarang berada di kawasan dimana ahlinya mementingkan ketokohan sesorang dan bukannya mementingkan dasar dan perjuangan PAS itu sendiri. PAS sekarang lebih kearah keperibadian daripada ke arah fikrah. Lebih threory daripada reality. Mengfokuskan satu bahagian yang kecil daripada bahagian yang besar.

Beliau menambah ahli Pas mestilah berdiri teguh di atas kepentingan jemaah.

3 perkara dalam etika perjuangan.

1. Perhimpunan (Jama'ei)
2. Pendengaran
3. Ikutan.

Syarat perjuang adalah Islam,baligh,berakal,faham dan kenal tanzil,yakin dengan perjuangan, sanggup menghadapi kesukaran mehnah dan fitnah, sanggup menempuh kedukaan dan berintizam dengan hukum hakam Islam. Memberi walak kepada kepimpinan adalah satu yng amat penting.

Tolong baca kitab karangan Ahmad Abdul Muin AlBadri.

No comments: