Sunday, January 31, 2010

Relax


Hari ini maka akan tersimpul satu ikatan pertunanagan. Maka seorang lagi dari dua beradik kembar ini akan melangsungkan pertunangannya ari nie. Adik dengan abang cari orang Penang juga.

Aku ucap "Selamat Bertunang."

Ari semalam tak kemana. Cuma petang aku ke Jusco bawa N Nadiah beli barang-barang untuk dia bawa balik hostel. Di Jusco singgah kedai buku Popular. Ternampak buku agak terbaharu dari Dr. HM Tuah. Tajuknya "Membina Cinta Suci."

Sempat baca sedikit. Itu pun artikel di sedut dari akbar. Tapi tak sempat baca ulasannya.

Aku nak cari buku mengenai "risk analysis". Kekadang kita perlu juga manage sesuatu yang very risky.

Thursday, January 28, 2010

terlupa di mana kreta

Petang ni dah jadi apa tak ku tahu. Tiba-tiba saja aku lupa dimana ku letakkan kreta ku.

Seperti biasa aku kluar dari lobi trus nak kreta. Tak ku sangka kreta aku tiada pada tempat biasa. Mengapa jadi begitu, aku sendiri tak tahu. Aku berhenti di depan kedai mamak sambil fikir mana kreta aku. Aku fikir sejenak...... rupanya aku parking depan betul-betul mini market sebelah Tempat kerja aku. Aku pun berpatah balik ke kreta. Baru aku dapat recall , tadi aku ingat nak parking sementara dan akan ubah setelah aku punch card, tapi gik kerana terlupa trus hingga petang. Nasib aku baik kerana tak kena saman

Biasanya aku akan parking jauh sikit dari bangunan tempat kerja. sekurang-kurangnya aku exercise sikit sebelum masuk kerja.

Ari ni tak kemana. Aku cuma pergi ketempat yang satu ketika dulu aku kerap kesana. Tempat tuu namanya Komplek SIRIm.

Sunday, January 24, 2010

Hati Perasaan Jiwa Perkongsian sesama Insan

Selalu ditinggal, tak mahu berinteraksi, keikhlasan dalam menghadapi konflik, tiada semangat berterus terang dan lain-lain virus kesengketaan atau perang dingin tersembunyi atau rasa cukup kuat untuk tidak toleransi dalam amalan harian antara intipati yang terjadi mehnah dan fitnah dalam kancah kehidupan suami isteri.

Kata perpatah mat saleh "Polisi terbaik adalah kejujuran". Antara isteri dan suami mesti ditambat atau jambatankan dengan keterbukaan. Akan tetapi kita tak diajar membuka pekong didada. Kelemahan dan apa-apa negatif diri, biarlah sendiri yang menyimpannya.

Isteri atau suami tak lekang daripada sifat keegoan. Ego kerana status kerjaya, ego kerana kekayaaan, ego kerana pujian orang sekeliling, ego kerana status taraf akademik, ego kerana keturunan atau kekeluargaan dan sebagainya.

Masalah hubungan suami isteri selalunya ditangani dengan jalan mudah. Kalau isteri kuat berleter, suami tak lekat di rumah. ada saja sisuami yang buat supaya jauh dari isteri. Suami akan memancing, berborak dengan kawan atau bermain badminton atau ping pong dan lebih parah suami akan berpoya-poya dengan pasangan cinta terlarangnya.
Lebih parah dan menderita lagi kronik jika suami cari jalan penyelesaian dengan mengambil dadah

Jika suami terlalu ego, hanya apa yang dia buat betul belaka. Apa yang dia cakap semuanya betul. Idea dia saja yang betul. Isteri juga ada jalan mudah untuk keluar dari kenkangan masalah tersebut.

Semua orang tahu, antara suami dan isteri perlu ada kasih sayang. Istimewa isteri. Diri isteri merasakan dirinya perlu dikasihi. Dirinya perlu disapa dan tanya setiap hari. Diri isteri mahu juga dihargai suami. Dan seribu satu nilai yang perlu ada sesama suami isteri.

Dalam kehidupan rumahtangga bukannya satu game. Mesti ada kalah dan menang. Segalanya mesti menang menang. Isteri mesti tahu nilai budi hati atau kehendak suami. begitu juga suami mesti tahu naluri isteri. Kerapkan berintraksi antara suami isteri.

Isteri hendaklah bersifat jujur terhadap suami. Suami pula ambil sifat berlapang dada mendengar atau menerima idea atau masalah isteri. Dalam apa suasana dan ketika amalan bersabar dapat mengatasi segala kerumitan.

Ilmu dan pengalaman sebagai sandaran yang baik bagi alam kerumahtanggaan.

Friday, January 8, 2010

December 2009 Langkawi










Kenangan manis dihujung tahun tetapi awal tahun petanda buruk telah berlaku






Hari Khamis setelah masuk tujuh hari ditahun baru, entah macam mana jari tangan aku dihentak basikal. Sakit bukan kepalang. Terdetik dalam kalbu aku, sesuata tak baik bagi diri akan terjadi. Kalbu bertanya entah apakah akan berlaku dalam hidup aku.

Jumaat hari kelapan dalam 2010, aku ke pejabat dengan rasa tidak sedap hati. Cuma aku cover sikit. Lagi-lagi masa makan tengah hari. Aku puntahu kenapa hati rasa pilu. Aku sendiri rasa tertanya-tanya. Adakah masa happy begini tidak akan terasa lagi selepas ada realignment nanti. Suasana seharmoni begini dan terindah akan tiada lagi.

Lagipun bilik kami tengah buat renovation. GM akan dekat kami. TAk tahu adakah GM sekarang atau GM lain.

Diwaktu kerja pun sesuatu yang janggal. Bos aku sudah membuat tanda-tanda sesuatu yang tidak dapat aku menaksirkannya. Bos aku cuba membuat sesuatu agar banyak testgears dapat diedarkan dalam masa yang terdekat. Kesungguhannya membuat staff baru terkapa-kapa. Sampai nak pergi tandas pun di tanyanya " Nak kemana?".

Dikala nak balik pun, terdapat sesuatu petanda yang cukup aku tak sangka. Ianya cukup mengejutkan. Mengapa? Kenapa? Hinggakan oleh kerana terlalu bingung dan memikirkannya, dalamperjalanan balik di satu trafik light akan tak berhenti masa lampu merah. Nyaris-nyaris berlanggar kereta honda sivic lama. Siap drivernya seorang wanita membeliakkan matanya merenong aku. Kalau tak silap, wanita itu adalah wanita yang menyiapkan hidangan semasa aku dan isteri aku makan malam disebuah kedai malam sebelumnya.


Kesayuan aku sampai kemalam. Aku menitiskan air mata dalam sembahyang Isyak. Walaupun aku bersembahyang di surau, Sebaik saja habis sembahyang, aku cepat-cepat balik. Tak mahu jemaah lain tahu aku menangis dalam sembahyang.

Aku sendiri tak tahu mengapa aku terlalu sayu. Adakah ini dugaan dan cubaan dari Khodhi rabbul Jalil. Adakah aku akan kehilangan sesuatu. Aku berdoa semuga Allah tidak bebankan aku dengan beban yang tidak aku dapat tanggung.

Aku pujuk diriku dengan ingatan bahawa kita boleh merangcang, tapi rancangan ALLah lebih muklak. Di atas dunia yang fana ini kita bolih adjust lagi mana yang kita mahu, tapi bila dah mati, apa pun tak dapat di ubah semula.

Susungguhnya Insan makluk ciptaan Allah di dunia yang fana ini tak dapat merahsiakan sesuatu yang tersirat di dalam hatinya. Dari raut wajah mencermin sesuatu. Kepura-puraan seseorang hanyalah sementara.

Kekadangkalanya sesuatu itu hendaklah sedikit sebanyak dikongsi bersama dengan orang lain. Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan bebanan atau meredakan badan yang merana.

Kesabaran juga adalah di dalam pakage meredakan kesengsaraan jiwa raga.Sesuatu yang telah terjadi samada kita mahu atau tidak, kita kena terima itu adalah ketentuan darpada Allah Ta'ala. Kalau pahit pun kita telan, kalau manis pun kita terima. Sesungguhnya sesuatu yang telah terjadi ada hikmahnya. Ada tersirat disebalik yang tersurat. Kalau kita dijalan yang betul kita tak perlu risau. Kalau tidak, kita belum terlambat, baliklah kepangkal jalan. Ingatlah semua masalah ada jalan keluarnya. Samada cepat atau lambat masalah itu selesai, ini bergantung kepada keadaan.


Hidup mati, bertemu dan berpisah adalah lumrah kita makluk Allah yang bernama manusia. Kita manusia atau insan di datangkan dengan perasaan. Rohani dan jasmani. How we manage the thing is important. Kenangan December tidak dilupakan dalan hidup aku.Thank you very much 2009. Thereis no 2009 again. Past is past. Lelehan air mata darah sekalipun kita tidak akan jumpa 2009 semula.

Kenangan manis di Langkawi, tiada berulang lagi.................

Tuesday, January 5, 2010

Permulaan tahun 2010

Aslan wassahlan ya marhaban 2010. rasenya aku akan berkunjung ke Melaka awal tahun ini. Anak ku , kakak akan balik semula ke kampus dia pada hari ahad 17 Januari 2010 dan aku akan hadir kursus di BGN Annex Kl pada Selasa 19 Jan 2010. Pergi nanti aku berkereta anak aku MYvi kerana kakak akan menggunakan untuk this last semester. Dia nak juga rase nak bawa kreta di MAlaka. Mungkin aku akan tidor rumah kakak aku kat KL yang dekat dengan tempat kursus nanti. Kalau boleh aku akan joint dengan rakan yng akan bersama kursus nanti pada Isnin 18 Jan 2010. Bila bila joint dg dia orang tentu aku akan tidor kat mana-mana hotel di KL.

Aku ada alternative lagi. Kalau tak tidur kat KL, aku boleh tidur kat Putra Jaya rumah adik aku. Pada ari senin baru aku ke KL joint dg Shuhaimi. Tidurlah kat maner-maner yang sesuai.

Ini semua hanya pelan rancangan aku. Kalau ada perubahan, aku tak kisah sangat. Janji dapat ke KL. Aku harap boss aku setuju atau dia ada lain lain rancangan. Apa yang Bos aku buat aku ikut.


Di bulan March nanti aku ada rancangan ke Pantai Timur. Samada ke Pulau Perhentian atau P Kapas atau P Tioman. Dik kerna masa lambat lagi, disisni tak payah lagi nak go on detail.


Bulan Mei akan ke Malacca lagi skali. So Tengok lah kemungkinan akan ke Johor trus. Ini Kerana aku belum sampai ke JB Lagi. Rase rase singgah kat Batu Pahat dulu. Kerumah Kak Sumini. Atau rumah kak Khatibah. Atau pun kerumah abang kepada abang Haris (Abang Ipar Aku). Skali sekala nak jengok orang Johor. Rindu Nak jejak tanah Johor. Kalau tak dapat pi Singpura tengok bayang bangunan NYa dah Cukup.

Apaler umur dah setengah abad kalau tidak sampai Johor. rugi agak nya. Orang Johor dah siapampai ke Padang Besar. Hai nasib Badan.........

Sunday, January 3, 2010

Saturday, January 2, 2010

Kenanagan dan Kehidupan Insan 2009

Dari January 2009 kehidupan insan ini sama ja. Hinggalah August adalah bulan aktiviti akhir di tempat kerja yang cukup sinonim dengan diri insan yang sungguh kerdil dan lemah ini.

Dari 1983, May aku bertugas di tempat lama ini. Setelah sebulan kerja dah kena kerja shift. Masa tu aku tidak mempunyai lesen memandu. Setiap hari ketempat kerja nak bas. Dik kerana kena kerja shift terpaksa ambil lesen. Itu pun lesen 'L' sebab kerja shift diwaktu malam. Perkhidmatan bas hanyalah di kala siang saja.

Bila kerja shift malam terpaksa gunakan motor bapa. Masa tu manalah ada duit nak beli motor.Gaji hanyalah untuk sara adik-adik bersekolah.

Dah lama juga berkerja, bapa aku cari sebuah motor second hand yang paling murah untuk ku. Motornya "Honda CB100". Itu pun kalau tak salahku aku dah kerja 5 atau 6 tahun.

September 2009, mula aku ditempat kerja baru.Report duty kad kenalan lama aku masa kat S Jaya dulu. Dia dah AGM setelah balik dari SNOC JLn Raja Chulan. Dia ni banyak tolong dalam segi kerjaya aku. Tima kasih ler banyak-banyak.

7 haribulan, hari betul-betul memulakan kerja di tempat baru.Masa bulan puasa. Sampai ke office aku ke meja yang telah sedia ada untuk aku. Sebelum ini, aku dah biasa dengan penghuni meja ini. Selalu juga aku ketempat ini.

So,sebagai orang baru atau pekerja bongsu, aku selamba saja nak mulakan kerja yang difikirkan khas untuk aku. Akan tetapi, sebelum sempat buat apa-apa, nama aku. keudara diruang udara pejabat. Aku dipanggil oleh Puan Hazlina. ni diberitahu oleh seorang kakitangan di situ.

Dalam fikiran aku siapa pula Puan Hazlina nie. Aku dah report duty kat dua orang yang sebelum nie memamng aku kenal. Tanpa soal jawab, aku kemeja personaliti yang bernama Puan Hazlina. "Saya bos disini" ujarnya, dalam fikiran siapa pulak bos ni. Aku dah hadirdiri kepada bos aku di S Jaya. Dik kerana "Saya bos disini" tu adalah seorang exercutive di pejabat aku, maka dia secara understandingnya juga sebagai boss aku. Pada hal sebelum ini belum pernah aku bersua muka atau berbicara dengan nya.

Dari raut wajah "saya bos disini" , menampakkan seorang yang 'highly confident' punya lady, garang , dinamik personaliti. Pada aku terima sajalah , takkira brapa banyak boss pun. Janji aku nak kerja.


September, Oktober, November dan December 2009, telah berlalu. Seribu kenangan yang di tinggalkan.

Kini Aku ingin coret sedikit kenangan December 2009. Dalam empat bulan aku bekerja, aku rasa keseronokan bekerjs amat tinggi. Semua rakan sekerja wooi begitu baik buat aku. Wanita mau pun lelaki. Semangat kerja sama yang begitu jitu termasuk "saya bos disini" Puan Hazlina. Puan Halina banyak menolong aku.........


Boss pejabat aku nie memaang sorang yang cepat mesra dengan sesiapapun. Beliau begitu kental melakukan kerjanya. Seronok juga apabila boss aku dan staffnya berinteraksi. Dengan gaya slamber land atau bersahaja , mereka berkomunikasi sesama mereka.

Kalau nak tahu, boss aku adalah sorang srikandi dari Johor, Pelat Johorian nya memang terselah. Dengar Kabar-kabarnya beliau nie hebat memasak, terutama mee kari. Wooi bukan main punya sedap, aku dah biasa pekena mee kari beliau. Masakan yang lain, aku belum raser lagi. Tapi kalau tengok orang nya tentu semua masakannya mesti sedap punya.

Dia nie kalau dengar radio, mesti channel Sinar FM. Maklumlah orang muda lagi. Orangnya brilliant. Dulu belajar sekolah asrama penuh. Tapi dia nie geng kluaq malam. Rase rase dia nie dah beberapa kali panjat pagar asrama.

Dari segi size dan shape, kalau tak silap dia nie sport girl kot masa sekolah dulu. Orang nya berkulit cerah. Ada sikit sikit berdarah Cina kot. Suara dia huuuu bukan main lunak dan merdu sekali. Kalau dengar ikut Telpon or Handset tentu tangkap lentok punya. Suaranya jauh lebih lunak jika dibandingkan dengan Farah Fauzana.

Sepanjang empat bulan bekerja di pejabat baruku ini, aku dapati boss aku nie mempunyai hati yang baik. Jiwa yang luhur. Rase rase ada sikit jiwa kesentimentalan. Dia mmempunyai sifat memberi tumpuan atau fokus serta memberi komitmen yang tinggi didalam membuat sesuata perkara,


Hujung December 2009, SIRIM Audit kat Langkawi. Boss aku adalah orang yang paling sibul. Beberapa kali berulang alik ke Langkawi. Dik kran aku nie ada sikit -sikit pengalaman audit dalaman so aku ikut juga ke Langkawi.


Buat aku pengalaman audit di Langkawi cukup bermakna. Kerana dah lama aku tak ke Langkawi. First time aku tidor di sebuah hotel di Langkawi, walaupun bukan hotel tiga atau empat bintang. Pada malam dah tak apa nak buat so kami, aku dan beberapa orang staff yang sama-sama menjalankan audit buat rodaaan. Tengok kedai-kedai yang depa nak shopping.


Ada sekali tuu aku dengan "saya boss di sini" pi langkawi. Boss aku buat kursus dan aku pula audit skali lagi unit transmission. Trip kali ini sempat pi pantai Cenang. DAn bermalam di TM resort. Satu kenangan yang sungguh bermakna, Pagi-pagi dapat lihat sun rises bila berjalan di terminal boat dan dari situ dapat lihat PortoMalai yang eklusive tuu. So ada photo barisan boat nelayan nanti aku postkan di sini lain kali.