Sunday, January 24, 2010

Hati Perasaan Jiwa Perkongsian sesama Insan

Selalu ditinggal, tak mahu berinteraksi, keikhlasan dalam menghadapi konflik, tiada semangat berterus terang dan lain-lain virus kesengketaan atau perang dingin tersembunyi atau rasa cukup kuat untuk tidak toleransi dalam amalan harian antara intipati yang terjadi mehnah dan fitnah dalam kancah kehidupan suami isteri.

Kata perpatah mat saleh "Polisi terbaik adalah kejujuran". Antara isteri dan suami mesti ditambat atau jambatankan dengan keterbukaan. Akan tetapi kita tak diajar membuka pekong didada. Kelemahan dan apa-apa negatif diri, biarlah sendiri yang menyimpannya.

Isteri atau suami tak lekang daripada sifat keegoan. Ego kerana status kerjaya, ego kerana kekayaaan, ego kerana pujian orang sekeliling, ego kerana status taraf akademik, ego kerana keturunan atau kekeluargaan dan sebagainya.

Masalah hubungan suami isteri selalunya ditangani dengan jalan mudah. Kalau isteri kuat berleter, suami tak lekat di rumah. ada saja sisuami yang buat supaya jauh dari isteri. Suami akan memancing, berborak dengan kawan atau bermain badminton atau ping pong dan lebih parah suami akan berpoya-poya dengan pasangan cinta terlarangnya.
Lebih parah dan menderita lagi kronik jika suami cari jalan penyelesaian dengan mengambil dadah

Jika suami terlalu ego, hanya apa yang dia buat betul belaka. Apa yang dia cakap semuanya betul. Idea dia saja yang betul. Isteri juga ada jalan mudah untuk keluar dari kenkangan masalah tersebut.

Semua orang tahu, antara suami dan isteri perlu ada kasih sayang. Istimewa isteri. Diri isteri merasakan dirinya perlu dikasihi. Dirinya perlu disapa dan tanya setiap hari. Diri isteri mahu juga dihargai suami. Dan seribu satu nilai yang perlu ada sesama suami isteri.

Dalam kehidupan rumahtangga bukannya satu game. Mesti ada kalah dan menang. Segalanya mesti menang menang. Isteri mesti tahu nilai budi hati atau kehendak suami. begitu juga suami mesti tahu naluri isteri. Kerapkan berintraksi antara suami isteri.

Isteri hendaklah bersifat jujur terhadap suami. Suami pula ambil sifat berlapang dada mendengar atau menerima idea atau masalah isteri. Dalam apa suasana dan ketika amalan bersabar dapat mengatasi segala kerumitan.

Ilmu dan pengalaman sebagai sandaran yang baik bagi alam kerumahtanggaan.

No comments: