Hari Khamis setelah masuk tujuh hari ditahun baru, entah macam mana jari tangan aku dihentak basikal. Sakit bukan kepalang. Terdetik dalam kalbu aku, sesuata tak baik bagi diri akan terjadi. Kalbu bertanya entah apakah akan berlaku dalam hidup aku.
Jumaat hari kelapan dalam 2010, aku ke pejabat dengan rasa tidak sedap hati. Cuma aku cover sikit. Lagi-lagi masa makan tengah hari. Aku puntahu kenapa hati rasa pilu. Aku sendiri rasa tertanya-tanya. Adakah masa happy begini tidak akan terasa lagi selepas ada realignment nanti. Suasana seharmoni begini dan terindah akan tiada lagi.
Lagipun bilik kami tengah buat renovation. GM akan dekat kami. TAk tahu adakah GM sekarang atau GM lain.
Diwaktu kerja pun sesuatu yang janggal. Bos aku sudah membuat tanda-tanda sesuatu yang tidak dapat aku menaksirkannya. Bos aku cuba membuat sesuatu agar banyak testgears dapat diedarkan dalam masa yang terdekat. Kesungguhannya membuat staff baru terkapa-kapa. Sampai nak pergi tandas pun di tanyanya " Nak kemana?".
Dikala nak balik pun, terdapat sesuatu petanda yang cukup aku tak sangka. Ianya cukup mengejutkan. Mengapa? Kenapa? Hinggakan oleh kerana terlalu bingung dan memikirkannya, dalamperjalanan balik di satu trafik light akan tak berhenti masa lampu merah. Nyaris-nyaris berlanggar kereta honda sivic lama. Siap drivernya seorang wanita membeliakkan matanya merenong aku. Kalau tak silap, wanita itu adalah wanita yang menyiapkan hidangan semasa aku dan isteri aku makan malam disebuah kedai malam sebelumnya.
Kesayuan aku sampai kemalam. Aku menitiskan air mata dalam sembahyang Isyak. Walaupun aku bersembahyang di surau, Sebaik saja habis sembahyang, aku cepat-cepat balik. Tak mahu jemaah lain tahu aku menangis dalam sembahyang.
Aku sendiri tak tahu mengapa aku terlalu sayu. Adakah ini dugaan dan cubaan dari Khodhi rabbul Jalil. Adakah aku akan kehilangan sesuatu. Aku berdoa semuga Allah tidak bebankan aku dengan beban yang tidak aku dapat tanggung.
Aku pujuk diriku dengan ingatan bahawa kita boleh merangcang, tapi rancangan ALLah lebih muklak. Di atas dunia yang fana ini kita bolih adjust lagi mana yang kita mahu, tapi bila dah mati, apa pun tak dapat di ubah semula.
Susungguhnya Insan makluk ciptaan Allah di dunia yang fana ini tak dapat merahsiakan sesuatu yang tersirat di dalam hatinya. Dari raut wajah mencermin sesuatu. Kepura-puraan seseorang hanyalah sementara.
Kekadangkalanya sesuatu itu hendaklah sedikit sebanyak dikongsi bersama dengan orang lain. Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan bebanan atau meredakan badan yang merana.
Kesabaran juga adalah di dalam pakage meredakan kesengsaraan jiwa raga.Sesuatu yang telah terjadi samada kita mahu atau tidak, kita kena terima itu adalah ketentuan darpada Allah Ta'ala. Kalau pahit pun kita telan, kalau manis pun kita terima. Sesungguhnya sesuatu yang telah terjadi ada hikmahnya. Ada tersirat disebalik yang tersurat. Kalau kita dijalan yang betul kita tak perlu risau. Kalau tidak, kita belum terlambat, baliklah kepangkal jalan. Ingatlah semua masalah ada jalan keluarnya. Samada cepat atau lambat masalah itu selesai, ini bergantung kepada keadaan.
Hidup mati, bertemu dan berpisah adalah lumrah kita makluk Allah yang bernama manusia. Kita manusia atau insan di datangkan dengan perasaan. Rohani dan jasmani. How we manage the thing is important. Kenangan December tidak dilupakan dalan hidup aku.Thank you very much 2009. Thereis no 2009 again. Past is past. Lelehan air mata darah sekalipun kita tidak akan jumpa 2009 semula.
Kenangan manis di Langkawi, tiada berulang lagi.................
No comments:
Post a Comment