Monday, December 26, 2011
Monday, December 12, 2011
Bercuti Tahun Ini
Hari kedua, singgah kejap Nlali 3, tak ada papa yang dibeli, cuma tengok-tengok saja. Pukul 4,30 petang sampai PD. Check in dan dek kerana keletehan , kami rehat. Bila malam saja-saja ke bandar PD . Balik dari pekan PD singgah makam ikan bakar kat dataran ikan bakar.
Saturday, November 26, 2011
Sunday, November 20, 2011
Week End
Hari Ahad Ada ornag kerja Kahwin juga. Ramai orang sebab itu tuan rumah kerja kawin sembelih kerbau. Pertama kali dimajlis tahlil aku dapat RM5 serta door gift.
Monday, October 31, 2011
Dapat RM100 Pelajar di Pulau Pinang
Ari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke 24. seperti biasa ramai yang memberi ucapan. Terima kasih ler banyak-banyak kepada yang memberi ucapan.
Dalam usia melebihi setengah abad ini , tak tahulah , semalam aku membuat ucapan dihari graduasi PASTI. rasa aku, minda dah agak kekurangan tak seperti dahulu. Memang stailku tak pernah pakai teks bila memberi ucapan, tapi kali ini, agak cukup susah bila memberi ucapan tak ada teks.
Balik kepada hari ulang tahun, aku sendiri tak tahu apa yang nak beli buat isteri aku. Ada rakan sepejabat pergi Langkawi, tapi malas nak pesan apa-apa kerana tak mahu membebankan mereka.
Penat juga memikirkan apa yang nak bagi. Kalau pasal kain nak buat baju, kat almari tuu ada banyak lagi kain yang tak ditempah.
Nak beli barang perhiasan , baru yer beli. tapi ala kadar saja. Zaman dunia meleset perlu jimat masa berada. Nampak gayanya, harga barang makanan makin naik melambung. Ditahun depan perlu ringgit yang banyak. Anak nak masuk sekolah menengah dan sorang lagi nak masuk kolej.
Hari ini pejabat sunyi. Ramai ke Langkawi dan bercuti. Diluar sana hujan sedikit.
Sunday, September 18, 2011
Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang
Saturday, September 17, 2011
Juara 2011 Malaysia n Merdeka Day Pulau Pinang
2011 Malaysia n Merdeka Day
Thursday, June 23, 2011
TWP BM Summit Hotel
Kumpulan : Kuning
Tarikh : 22 Jun 2011
Pada petang 21 Jun 2011, rakan senior sekerja pejabat En. Md Kamal berkata “ Pi ler masukkan nama kursus TEAMING WITH PASSION, esok”. Pada ketika itu , aku masih fifty-fifty nak hadir atau tidak.. Oleh kerana rasa berminat , aku berjumpa Pn Sham di Unit HC , beliau bagitahu aku boleh hadir dan just tulis nama nanti di tempat kursus. “ Tengoklah nanti “ balas aku yang masih rasa fifty-fifty untuk hadir.
Malamnya di rumah, sewaktu makan malam aku bercerita hasrat aku untuk berkursus kepada isteri. Isteri aku mencadang aku hadir dengan katanya “ Pi ler abang, ini satu peluang baik, nantikan hari lain abang ada hal lagi penting dan tak boleh hadir. “ Ini lah dikatakan adviser yang baik.
Hasilnya pada 22 Jun 2011 aku berada didalam dewan hotel berkursus TEAMING WTH PASSION ber sama rakan sekerja yang lain termasuk rakan senior aku En.Md Kamal Harun.
Pada aku kursus TEAMING WITH PAQSSION ini adala kursus yang lain daripada kursus yang lain-lain . Penuh dengan game dan keceriaan . Malahan cikgu yang memberi tunjuk ajar amat berbeza sekali. Dan cikgu yang saya kenali En. Azhar serta yang paling istimewa sekali cikgu yang di kenali VAN CHIANG.
Siapa Van Chang itu menjadi secret lagi, belum terjawab , siapa sebenar namanya.
Tapi yang penting buat aku, apa intipati yang diajar oleh master trainer itu. Orang yang muda dan mempunyai confident yang tinggi serta jelas suaranya. Beliau memberitahu kursus ini mempunya banyak GAME.
So the learning starts. In one full day, he actually taught us many things. Passion, Team Power,Customers For Life, World Class Organization, Communication and so on. Banyak games planned in this 2-day training, I think we completed half of them. The message is clear, fun is part of it, but the games are design for us to discover our trueself or PATTERNS and changing our PATTERNS in doing things. Examples and exercises given are all simple, but very relevant.
Antara pelajaran dan pembelajaran yang baru buat diri aku adalah:-
i. Extraordinary Performance
ii. Excellent Performance
iii. Expected Performance
iv. Average Performance
v. Poor Performance
He pointed out how the motivation of employees goes down and level of stress is high when the subordinates thought they are giving their best, but only to the EXPECTED LEVEL. This is because they are not aware that there are 2 more levels to go to their highest performance.
Next he talked about COMMUNICATION. How to have excellent communication between 2 persons. He outlined 4 ARROWS;
i. Strategy – every communication must have strategy in order to draw attention of audience and must target to the HEART
ii. High Energy – communication must come with energy. Communication with high energy level will have high impact to the audience and vice versa.
iii. Intensity of Eye-Contact – No point of communicating without eye-contact. EYE-CONTACT is a must. Dari Mata turun ke Hati
iv. Transfer of Feeling – The feelings must be transferred to the audience. He taught us of us different intonation will carry different meaning to everything that you say. Agree on this.
He shared few examples how good communication can touch someone’s heart and change the whole thing. How mother change her communication to her son only through changing the way she communicated. Very touching. Well, it was fun, but the learning impact is high on me.
Itu saja buat hari pertama buat kursus menjadi Aahaa pada diri aku.
Tuesday, May 10, 2011
ISA dan Kemunting dan Sg Relong.
Oleh kerana Keadaan kawasan ibusawat yang yang menarik dan suasana aman, aku rasa sangat sesuai jika dibuat training kat situ. Namun space dalam kabin amat terhad dan dengan itu tak jadi buat training di Sg. Relong.
Dalam perjalanan balik, aku melewati ISA detention camp. Aku cakap kepada seseorang bahawa sesiapa yang telah ditahan di sini mempunyai keistimewaa tersendiri. Di Akhirat nanti mereka boleh dakwa kepada sesorang kenapa mereka dizalimi. mengapa mereka ditahan tanpa diadili di mahkamah.
Ingatlah di Akhirat nanti mulut tidak boleh berbicara. Anggota kita akan menjadi saksi kezaliman seseorang di kalangan pemerentah.
Aku ceritakan nya bahawa dikampung aku, dah ada 2 orang yang pernah ditahan ISA.
Seorang kerana politik dan seorang lagi kerana mengikut arahan Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia.
Aku juga biasa berbicara dengan kenalan yang biasa menziarahi tahanan ISA. Kalau tak silap aku , kata kenalan itu ,ada seorang yang di tahan ISA cukup lama. Beliau tak dikenali ramai. Oleh kerana terlalu lama beliau tak mahu keluar dari kem tahan. Kenapa?
Beliau kata tak mempunyai sesiapa lagi diluar sana dan orang tak kenal serta ingat dia lagi.
Akan tetapi sekembali aku ke rumah , aku terbaca ada lagi insan di Malaysia yang ditahan tanpa bicara. Yang paling tebaharu, Seorang Singaporean Abdul Majd Kunji.
Sebagai rakyat , adalah hak semua insan menerima keadilan. Sesorang dihukum bersalah setelah dihakimi secara adil.

